Harian Metro

‘Terima kasih...’

- Rizanizam Abdul Hamid cnews@nstp.com.my

 KJ tolak tawaran Setiausaha Agung BN

Selepas tewas dalam persaingan merebut jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti kali ini, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menolak tawaran dilantik sebagai

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi status Twitternya semalam, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu merakamkan terima kasih kepada Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO yang baru atas tawarannya itu.

“Terima kasih DS@Zahid_Hamidi kerana menawarkan saya jawatan Setiausaha Agung BN tadi. Saya memberi tahu beliau saya tidak mahu pegang apa-apa jawatan tinggi parti.

“Saya memberi fokus kepada tugas sebagai MP (Ahli Parlimen Rembau). Sedia bantu dan tetap bersama UMNO,” kata bekas Ketua Pemuda UMNO itu.

Dalam pemilihan UMNO semalam Ahmad Zahid dipilih sebagai Presiden UMNO kelapan bagi tempoh 2018-2021. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebelum ini menjalanka­n tugas pemangku Presiden UMNO.

Kemenangan Ahmad Zahid menewaskan empat pesaing lain antaranya dua nama besar iaitu veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang dan Khairy Jamaluddin.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin semalam, melalui status Twitternya menulis, walaupun menerima kekalahann­ya itu dengan hati yang terbuka namun beliau melihat majoriti ahli UMNO mahukan perubahan tetapi dikawal ‘orang lama’ atau

parti yang enggan berubah.

“Walaupun saya terima keputusan ini dengan hati yang terbuka, saya mahu UMNO berubah. Buang mentaliti feudal.

“Angguk-angguk, tepuk-tepuk, seolah-olah tiada pendirian sendiri. Majoriti ahli nak berubah tetapi warlords masih pekak terhadap suara rakyat,” katanya.

Tambahnya, statistik undi popular turut menunjukka­n majoriti ahli mahukan perubahan.

“Sistem undi bahagian menyebelah­i yang mempunyai cengkaman kuat atas bahagian mereka. Ramai diarah, diugut, dipaksa ikut pilihan katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia