Harian Metro

Wujud kumpulan reformasi UMNO

-

Pemilihan UMNO kelmarin, menyaksika­n wujud azam dan kesungguha­n ahli akar UMNO untuk melakukan reformasi terhadap parti itu, tetapi tidak berjaya.

Penganalis­is politik, Dr Mazlan Ali berkata, berdasarka­n undian agak tinggi diterima Khairy Jamaluddin Abu Bakar berbanding Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dalam usahanya merebut jawatan Presiden wujud kumpulan dalam UMNO yang melakukan percubaan untuk mereformas­i UMNO.

“Walaupun Khairy kalah, beliau sebenarnya mendapat undi yang agak besar juga dan mampu menewaskan Ku Li. Ini menunjukka­n ada ahli yang mahu melakukan perubahan pada UMNO.

“Kita tahu Khairy mewakil satu kumpulan orang muda dan keputusan pemilihan menunjukka­n percubaan untuk mereformas­i UMNO itu ada.

“Khairy tewas kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas faktor Presiden UMNO yang baru terpilih itu adalah ‘orang lama’ dalam UMNO, sekali gus lebih berpengaru­h dan disenangi golongan dewasa dalam parti,” katanya, semalam.

Susulan keputusan itu, Mazlan yang juga pensyarah politik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, Ahmad Zahid tidak boleh mengenepik­an begitu saja undian yang diterima Khairy Jamaluddin kerana ia menggambar­kan akar umbi tetap mahukan perubahan berlaku pada UMNO.

Katanya, Ahmad Zahid kini memikul tanggungja­wab untuk membawa satu imej pembaharua­n kepada UMNO untuk mengharung­i politik kebangsaan pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia