Harian Metro

Ahli jemaah menteri

- Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

 Anggota baru Kabinet terima surat rasmi Jumaat lalu

Majlis angkat sumpah jawatan dan melafazkan taat setia, selain sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara akan diadakan jam 11 pagi, hari ini.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad ketika dihubungi NSTP semalam, mengesahka­n perkara itu berkata, surat rasmi daripada Istana Negara bagi menghadiri majlis berkenaan diterima pada Jumaat lalu.

Ditanya butiran portfolio kerajaan yang mungkin dinyatakan dalam surat berkenaan, beliau hanya memaklumka­n: “Ia tidak menyatakan secara terperinci, (sebaliknya) hanya tulis Ahli Jemaah Menteri”

Berdasarka­n senarai ahli Kabinet yang viral sebelum ini, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bakal dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutua­n manakala timbalanny­a ialah Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merangkap Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Mengulas atur cara angkat sumpah bagi melantik baki ahli Kabinet, Khalid berkata, ia akan dimulai dengan raptai jam 9 pagi bagi melancarka­n perjalanan majlis dan memberi ruang untuk menyesuaik­an diri dengan istiadat dan protokol istana.

Katanya, majlis angkat sumpah sebenar yang bakal berlangsun­g di depan Sultan Muhammad dijadual berlangsun­g jam 11 pagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution turut mengesahka­n menerima jemputan bagi menghadiri majlis angkat sumpah terbabit.

“Ya, saya ada terima surat jemputan daripada pihak Istana (Negara). Ya akan hadir esok (hari ini),” katanya.

Menerusi senarai pelantikan Kabinet yang tersebar baru-baru ini, Saifuddin sepatutnya dilantik memegang portfolio Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ahli Parlimen Seputeh merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok Suh Sim, turut mengesahka­n akan ke Istana Negara bagi menghadiri majlis angkat sumpah Jemaah Menteri di Istana Negara.

 ??  ?? KHALID
KHALID
 ??  ?? TERESA
TERESA
 ??  ?? DR Shahruddin
DR Shahruddin
 ??  ?? SAIFUDDIN
SAIFUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia