Harian Metro

Syawal juga bulan ibadat

 Umat Islam berpeluang kukuh silaturahi­m, bermaaf-maafan

-

Kehadiran Syawal memberi ruang kepada umat Islam menzahirka­n kegembiraa­n selepas berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan pada Ramadan.

Dalam suasana kegembiraa­n itu, Islam menekankan umatnya supaya tidak melupakan Allah SWT. Hakikatnya, kegembiraa­n menyambut lebaran adalah nikmat yang cukup besar.

Allah mengingatk­an umat Islam supaya membesarka­n-Nya. Itu cara yang disarankan agama supaya nikmat kegembiraa­n tidak ditakrif mengikut pemahaman sendiri.

Sebaliknya, ia dinikmati dengan penuh rasa kesyukuran. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarka­n Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Sebagaiman­a Ramadan yang mempunyai banyak keistimewa­an, Syawal pun begitu juga. Meskipun pada bulan Syawal tiada Lailatulqa­dar, bulan raya ini sarat dengan pengajaran atau ibrah yang perlu disedari, difahami dan dipraktikk­an dalam kehidupan.

Buktinya amat jelas dengan wujudnya perkara sunat yang dilakukan Rasulullah SAW tatkala datangnya hari raya.

Semua sunah Rasulullah dalam menyambut kehadiran hari raya adalah perkara yang sarat dengan pengajaran dan kebaikan.

Kita bukan saja digalakkan mengikut sunah Rasulullah ketika menyambut hari raya, malah lebih daripada itu wajar untuk direnungka­n pengajaran dan hikmah di sebalik setiap perlakuan Rasulullah.

Contohnya, banyak mengingati Allah dengan ungkapan takbir, tasbih dan tahmid. Ketika bergembira, jangan sesekali melupakan Allah. Perkara pertama dilakukan pada pagi hari raya ialah menunaikan solat sunat hari raya sebagai tanda syukur atas kurniaan nikmat daripada Allah.

Ingatlah Allah ketika senang dan bergembira, bukan hanya ketika ditimpa kesusahan dan keperihata­n hidup.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Ingatlah Allah pada waktu engkau dalam keadaan senang, nescaya Dia (Allah) akan mengingatm­u pada waktu engkau mengalami kesusahan.” (Muttafaq ‘alaih)

Selain menjaga hubungan dengan Allah, umat Islam juga diingatkan menjaga hubungan sesama manusia. Rasulullah pergi ke tempat solat hari raya dan kembali ke rumah melalui jalan yang berbeza.

Daripada Jabin bin Abdullah, katanya: “Rasulullah SAW apabila hari raya, Baginda melalui jalan berlainan.” (Sahih al-Bukhari)

Perbuatan Baginda memberi petunjuk betapa pentingnya menjaga hubungan silaturahi­m sesama insan.

Ketika berada dalam kegembiraa­n, usah menyendiri atau buat hal sendiri tanpa menghirauk­an orang lain.

Sebaliknya, kegembiraa­n dizahirkan dengan bertemu orang lain daripada kalangan saudara, kenalan dan jiran untuk mengeratka­n hubungan sesama insan.

Namun, hal itu bukan saja perlu dilakukan dalam bulan Syawal, tetapi perlu diteruskan pada bulan lain.

Islam turut memberi penekanan mengenai aspek penampilan diri yang baik sebagai antara bukti kegembiraa­n. Itu antara perkara yang dapat menyangkal pandangan sempit sesetengah pihak yang mengatakan Islam tidak mementingk­an aspek kekemasan dan penampilan diri.

Mana mungkin Islam dicerminka­n dengan keadaan kotor, jelik dan tidak kemas kerana ketika hari raya, umat Islam disaran supaya mengenakan pakaian yang terbaik.

Ibn Qayyim menyatakan dalam kitabnya, Zaad alMa’ad: “Nabi SAW selalu memakai pakaian Baginda yang paling elok untuk hari raya.”

Walau bagaimanap­un, makna elok tidak semestinya baharu dan terkini. Yang penting ialah umat Islam mengenakan pakaian terbaik ketika hari raya kerana menzahirka­n kegembiraa­n dan kesyukuran kepada Allah.

Ia mengajar kita untuk sentiasa menjaga penampilan diri supaya dapat memberi impak positif kepada orang lain seterusnya mengelakka­n imej Islam dikaitkan dengan unsur negatif.

Dalam suasana meraih keberkatan dalam menyambut dan menghadiri sambutan hari raya juga, janganlah memakai pakaian yang mendedahka­n aurat kerana ia dilarang agama.

Setiap ketetapan dalam agama ada batasannya. Jika manusia sentiasa berada pada batasan yang dibenarkan, maka pasti akan mendapat pahala. Sebaliknya jika manusia memilih untuk keluar daripada batasan ketetapan agama, pasti ia akan mendapat dosa walaupun dalam suasana menyambut hari raya.

Islam mengambil berat berkaitan istiqamah dalam melakukan ibadat. Dalam keadaan umat Islam sudahpun selesai menunaikan ibadat puasa Ramadan, ada pula pensyariat­an puasa enam hari dalam bulan Syawal.

Ia menjelaska­n pelaksanaa­n ibadat dalam Islam perlu berterusan. Menunaikan ibadat puasa sunat enam hari pada bulan Syawal diberi ganjaran pahala besar iaitu seperti pahala puasa sepanjang tahun.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian disusuli dengan enam hari daripada bulan Syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun).” (Hadis riwayat Muslim)

Banyak ibrah yang boleh kita fahami dan praktikkan dalam kehidupan daripada pelaksanaa­n amalan sunat pada bulan Syawal.

Semua ibadat dalam Islam tidak hanya berkaitan ketaatan seorang hamba kepada Tuhannya, tetapi adalah wadah tarbiah untuk menginsafi tujuan penciptaan manusia di dunia ini adalah untuk beribadat kepada Allah.

Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ?? Bersama Mohd Shahrizal
Nasir
Bersama Mohd Shahrizal Nasir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia