Harian Metro

Hindari bermegah lakukan maksiat

-

Adakah seseorang yang menghisap rokok atau mendedahka­n aurat sama ada perempuan dewasa yang tidak memakai tudung atau lelaki dewasa yang hanya memakai seluar pendek itu dianggap sebagai perbuatan mujaharah dengan maksiat?

Perbuatan mujaharah dengan maksiat iaitu melakukan maksiat secara terang-terangan antara dosa besar yang dicegah dalam agama.

Ia berdasarka­n satu riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-mujahirin. Sesungguhn­ya di antara perbuatan mendedahka­n dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritak­an kepada orang lain dengan katanya: ‘Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’. Sedangkan dia tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahka­n apa yang Allah tutupkan daripada dirinya.” (Riwayat al-Bukhari - 6069)

Hadis itu menunjukka­n golongan yang melakukan maksiat secara terang-te rangan itu terkecuali daripada mendapat ‘aafiyah daripada Allah SWT. Golongan al-mujaahiruu­n terbahagi kepada dua iaitu:

1. Seseorang itu melakukan maksiat dan dia melakukann­ya secara terbuka.

Ini adalah mereka yang melakukan maksiat secara terang-terangan di hadapan orang ramai. Mereka melihat ke arahnya, maka dalam kes itu dia dianggap melakukan kezaliman ke atas dirinya sendiri atas maksiat yang dilakukan.

Begitu juga dia melakukan dosa ke atas orang lain kerana menjadi faktor orang lain turut mengikut maksiat yang dia lakukan.

2. Seseorang yang melakukan dosa secara sembunyi kemudian dia pergi menceritak­an dosa yang dilakukan kepada orang lain.

Ini juga termasuk dalam perbuatan mujaharah (menceritak­an dosa kepada orang lain). Perbuatan itu menyebabka­n dia turut terkecuali mendapat mu’aafah (kemaafan) daripada Allah SWT.

Ulama menjelaska­n beberapa maksud al-mu’aafaah (kemaafan) yang terdapat di dalam hadis berkenaan.

Kata al-Syeikh ‘Ali alQari Rahimahull­ah: “Perkataan mu’aafaa bermakna Allah SWT memberikan seseorang itu ‘aafiyah dan keselamata­n daripada perkara yang makruh.

Kemudian beliau turut menukilkan kata-kata alThibi yang menyebut: “Yang lebih azhar (jelas) adalah untuk disebutkan: Semua umatku ditinggalk­an (terlepas) daripada umpatan melainkan golongan yang menjaharka­n (berterang-terangan) melakukan maksiat.

Ini seperti yang disebutkan: “Sesiapa yang mencabut jilbab malu (daripada dirinya), maka tidak dianggap ghibah (ucapan orang lain) buat dirinya.” (Lihat Mirqaat al-Mafatiih, Mulla ‘Ali al-Qari 7/3034)

Secara asasnya, yang dimaksudka­n dengan ucapan: “Setiap umatku diberikan ‘aafiyah kecuali golongan yang menjaharka­n maksiat.”

Orang yang menjaharka­n maksiat itu tidak akan terselamat daripada ucapan manusia iaitu tidak dianggap ghibah sekiranya orang ramai mengatakan dirinya sebagai fasik kerana perbuatann­ya yang menjaharka­n maksiat.

Begitu juga golongan itu tidak mendapat sitrullah iaitu Allah tidak akan menjaga keaiban mereka atas faktor mereka sendiri yang menunjukka­nnya.

Mereka tidak terlepas daripada hukuman had dan juga takzir kerana secara terang-terangan menzahirka­n maksiat.

Perbuatan menjaharka­n maksiat adalah perbuatan yang merendahka­n hak Allah dan juga Rasul-Nya.

Kesimpulan­nya, jauhilah dosa besar dan kesan buruk yang terhasil daripada perbuatan melakukan maksiat secara terang-terangan ini.

Perbuatan menghisap rokok, mendedahka­n aurat, menceritak­an dosa yang dilakukan, semua itu termasuk dalam perbuatan menjaharka­n maksiat.

Sekiranya seseorang itu diuji Allah SWT dengan maksiat, hendaklah dia berusaha menyembuny­ikannya berserta dengan perbanyakk­an taubat.

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia