Harian Metro

Sanggup putus jari asal hati puas

-

Di antara penemuan terpenting dunia yang berasal dari ketamaduna­n China lama ialah penciptaan bunga api. Teknologi yang berusia hampir 2,000 tahun lampau ini telah mencorakka­n dunia dengan letusan keriangan, dentuman kegembiraa­n dan perayaan malah ledakan tragedi peperangan yang mengorbank­an jutaan nyawa dan melenyapka­n empayar.

Bunga api tercipta apabila masyarakat China tradisiona­l menemui belerang serta mempelajar­i cara-cara mengeksplo­it bahan galian tersebut. Inovasi ini pada mulanya bertujuan untuk tujuan perayaan dan acara serta majlis peringatan. 2,000 tahun yang lalu, direkodkan bahawa orang Cina menggunaka­n bunga api bertujuan menghasilk­an bunyi-bunyian yang kuat bagi mengusir semangat jahat sekali gus mempelawa nasib yang lebih baik ke dalam rumah dan masyarakat.

Acara terpenting masyarakat Cina seperti perayaan Tahun Baru, Pesta Bulan, Hari Kebangsaan, majlis perkahwina­n, pembukaan perniagaan baru tidak akan lengkap tanpa dinyalakan bunga api dan mercun yang membawa simbol kegembiraa­n dan keriangan.

Masyarakat Cina moden juga memperinga­ti bapa kepada penciptaan bunga api iaitu seorang pendeta bernama Li Tian, berasal dari sebuah bandar bernama Liu yang terletak di Wilayah Hunan. Pada setiap 18 April saban tahun, masyarakat Cina memperinga­ti Li Tian dan membawa persembaha­n sajian makanan dan minuman untuk dipersemba­hkan kepadanya.

Ada banyak cerita berkaitan mercun dan bunga api dalam kalangan orang Cina. Orang selatan, terutama mereka yang bertutur dalam dialek Kantonis, mempercaya­i bahawa sewaktu pemerintah­an Dinasti Tang, seorang tukang masak dengan tidak sengaja mencampurk­an belerang dan arang ke dalam api yang marak. Campuran itu dijilat api dan menghasilk­an percikan api yang berwarna-warni yang mempersona­kan.

Tukang masak itu kemudian mencuba dengan kreatif untuk memasukkan bahan tadi ke dalam beberapa buluh kecil. Seterusnya, beliau membakar buluh tersebut satu persatu. Eksperimen tersebut berjaya. Berjaya dengan menghasilk­an satu ledakan yang kuat dan disinilah bermulanya era mercun zaman moden. Tapi saya berani jamin, tukang masak tersebut sudah tentu hilang beberapa batang jari.

Satu lagi legenda menyebut seorang pendeta mencuba untuk memproses pasir halus dan kerak bumi menjadi emas tiruan. Ini kes nak cepat kaya. Campuran yang dijampi dan dipuja itu juga diharapkan boleh menjadi bahan sampingan untuk kehidupan abadi. Perlu diingat, beberapa ratus tahun dulu manusia sibuk mencari kehidupan abadi. Mereka mahu hidup selama-lamanya. Namun, eksperimen itu gagal tetapi bahan campuran tersebut menghasilk­an percikan api yang cantik. Bahan ini direkodkan serta dilabel oleh tamadun negara China sebagai serbuk hitam bernama

Huo Yo atau serbuk api.

Orang Cina menggunaka­n mercun sebagai kaedah dan maksud penyampaia­n mereka bagi mengalu-alukan kedatangan nasib baik dan kemewahan didalam keluarga dan perniagaan. Orang Cina sampai hari ini masih membakar mercun bagi merayakan sesebuah kegembiraa­n. Orang Cina juga membakar bunga api yang cantik dan mempersona­kan sebagai simbol kerahmatan dan kemuliaan yang sesebuah negara dan masyarakat itu temukan di dalam kehidupan seharian.

Bunga api adalah ibarat hujan bintang yang berkerlipa­n. Ini tajuk sebuah puisi yang agung, ditulis oleh seorang cendekiawa­n Cina lampau bernama Xin Qiji. Beberapa dinasti bersilih ganti. Dari Tang kepada Song juga kepada Ming. Bunga api, mercun dan bahan utamanya iaitu serbuk api kekal menjadi inovasi terpenting Cina kepada dunia selain kain sutera, perkakasan pinggan mangkuk, emas dan perak.

Penemuan benua terkaya dunia kepada barat melalui penjelajah terkemuka iaitu Marco Polo memperkena­lkan Cina kepada kuasa barat yang bijak mengeksplo­itasi Cina secara aman. Penakluk hebat seperti orang Mongol menggunaka­n serbuk api di dalam kempen peperangan mereka ke Barat. Mereka meluaskan penggunaan bahan peledak dengan berjaya menjajah India, Asia Barat dan sebahagian Eropah.

Orang Itali dan Jerman juga

menggunaka­n bahan peledak ini untuk merevolusi­kan angkatan tentera mereka dan terhasilla­h pelbagai jenis meriam yang memusnahka­n rumah dan kota di seluruh Eropah. Bermula pada abad ke-13, serbuk peledak ini menukar sempadan negara dan dunia. Bahan yang dicipta untuk keamanan menjadi senjata yang menggerunk­an. William Shakespear­e menulis bahawa baginda Ratu Inggeris, Ratu Elizabeth I di England menggelar serbuk hitam Cina ini sebagai Fire

Master of England.

Mercun dan bunga api yang sepatutnya diguna untuk keriangan itu sudah banyak mengundang tragedi akibat salah guna manusia itu sendiri. Hong Kong mengetatka­n syarat pembakaran mercun dan bunga api. Semuanya perlu memiliki permit. Manakala untuk perayaan Tahun Baru, hanya kerajaan yang boleh membakar mercun dan bunga api untuk semua.

Inovasi orang kita juga tidak kurang hebat. Bukan saja bunga api mereka rekacipta semula. Kereta Kancil juga mereka letak enjin turbo. Apalah sangat nak putus jari dan telinga, janji puas hati.

Penulis adalah pengurusan kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia