Harian Metro

Tiada majlis bertunang, merisik

- DARI MUKA R21

Shahir bersama keluarga ke rumahnya 1 Syawal lalu untuk beraya

“Tiada sebarang perkembang­an terbaru mengenai hubungan kami. Terimalah hakikat ketika ini, kami hanya berkawan.

“Saya tahu pasti ada yang kecewa dengan jawapan ini tetapi percayalah belum ada perbincang­an mengenai perkahwina­n atau majlis merisik seperti diperkatak­an ramai,” katanya.

Erra menjelaska­n kunjungan Shahir bersama keluarga ke rumahnya pada 1 Syawal lalu hanya sekadar untuk beraya dan bukan merisik atau bertunang.

Jelasnya, mereka sekeluarga sudah saling mengenali dan tiada masalah untuk bertemu.

“Saya sudah lama kenal keluargany­a dan tiada sebarang perbincang­an atau majlis merisik berlangsun­g.

“Mereka hanya datang beraya, malah tiada masakan istimewa pun untuk dia. Hanya juadah raya saja,” katanya sambil ketawa.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi membabitka­n dua hati ini diperkatak­an. Namun sehingga kini tiada sebarang kata putus diberikan terutama apabila Shahir kembali menghilang­kan diri selepas acara Akademi Fantasia melabuhkan tirai.

Beralih mengenai kerjaya seni, Erra baru selesai penggambar­an Bikin Filem yang turut dibintangi Azrel Ismail, Azhan Rani, Scha Alyahya, Sherry Alhadad, Mark Adam dan Amerul Affendi.

Menerusi filem arahan Mohd Latiff Azmi atau Yeop Hitler ini,

Erra memegang watak penerbit filem yang menjadi mangsa poligami bernama Datin Azizah.

“Meskipun filem ini dikatakan kisah benar yang berlaku dalam industri seni, saya tidak tahu siapa geranganny­a. Saya sekadar bawa watak sebagai isteri yang menyaksika­n suaminya dirampas pelakon.

“Saya tidak rasa watak itu menyindir sesiapa. Mungkin mereka yang mengamalka­n poligami akan terasa,” katanya.Najiy Jefri

 ??  ?? Mereka hanya datang beraya, malah tiada
masakan istimewa pun
untuk dia. Hanya juadah
raya saja
Mereka hanya datang beraya, malah tiada masakan istimewa pun untuk dia. Hanya juadah raya saja

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia