Harian Metro

Berkarya demi kepuasan

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Josiah tak rasa ketinggala­n untuk terus beraksi secara ‘undergroun­d’

Mungkin ramai tidak tahu pelakon Josiah Hogan mempunyai kumpulan muzik indie dikenali sebagai Maddame yang ditubuhkan pada 2005.

Malah, band yang dianggotai bersama dua lagi rakan pernah menghasilk­an dua album memuatkan lagu Inggeris.

Meski tidak dikenali dalam pasaran muzik semasa, Josiah Padilla Hogan atau nama Islamnya Mohamad Musleh,

32, beruntung kerana mampu mengumpul peminat dalam kalangan penggemar muzik undergroun­d.

“Sejujurnya, saya tidak berasa ketinggala­n pun untuk terus beraksi secara undergroun­d. Demi kepuasan saya dan anggota lain tetap teruskan perjuangan ini. Bukan ego untuk tidak mahu terbabit dalam pasaran komersial tetapi ia lebih kepada perasaan.

“Bagi saya, muzik indie masih ada penggemar dan orang kita tetap cari. Disebabkan itu, saya cuba buat sesuatu yang dekat di hati. Tidak dinafikan band ini pernah mendapat tawaran daripada beberapa syarikat rakaman.

“Namun, disebabkan mereka mahu muzik kami mengikut pasaran semasa, saya menolak dan memilih untuk terus bergerak sendiri. Kalau betul inginkan band kami, mereka kena ikut muzik kami,” katanya.

Malah, pembabitan di pentas Rock The World 2017 me ngukuhkan lagi band mereka.

“Lagu kami lain daripada lain. Apabila sudah lama perjuangka­n muzik ini, peminat juga membesar bersama muzik yang dibawakan. Malah, generasi baru lebih menghargai muzik ini.

“Biarpun kelompok peminat berubah, sokongan diberikan tidak pernah putus. Malah, hingga sekarang masih ada yang bertanya mengenai album. Ini bukti muzik yang kami bawa tidak pernah mati,” katanya.

JARANG KONGSI KISAH PERIBADI

Pada masa sama, ramai tidak mengetahui pelakon drama Cinta Jangan Pergi yang pernah popular di TV9 ini sudah memiliki tiga anak.

Anak lelaki sulungnya kini berusia 12 tahun menerusi perkahwina­n pertama dan dua anak perempuan daripada perkahwina­n kedua berusia empat dan dua tahun.

“Saya ada juga berkongsi mengenai anak di Instagram tetapi jarang. Bagi saya kalau tidak ada apaapa yang menarik untuk dikongsi, saya lebih suka bersikap privasi. Kadangkada­ng tidak sempat pun nak kongsi,” katanya.

Josiah yang juga pelakon filem Penanggal, Manisnya Cinta di Cappadocci­a, Luqman dan KL Special Force pernah hidup menduda selama tiga gahun bermula 2010 sebelum mengambil keputusan berkahwin buat kali kedua pada 2013.

“Saya berkahwin kali pertama pada 2004. Namun, enam tahun selepas itu kami bercerai. Saya anggap jodoh kami tak panjang namun saya tidak pernah mengalah dalam soal perkahwina­n.

“Saya kemudian mengambil keputusan berkahwin sekali lagi pada Mei 2013 dan dikurniaka­n dua anak. Alhamdulil­lah, sekarang lebih seronok sebab anak sulung tinggal bersama saya sejak tiga tahun lalu.

“Sebelum ini, anak bersama bekas isteri. Saya jenis malas nak bergaduh dalam perkara ini. Saya yakin sampai masa pasti dapat bersama anak semula,” katanya.

Mengenai kerjaya lakonan, Josiah bakal muncul dalam filem KL Vampire, Antara Masa dan 7 Hari.

Selain itu, Josiah juga baru terbabit dalam drama 30 Juzuk Cinta dan Tasbih Rindu untuk siaran RTM.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ?? Disebabkan mereka mahu muzik kami mengikut pasaran semasa, saya menolak dan memilih untuk terus bergerak sendiri
Disebabkan mereka mahu muzik kami mengikut pasaran semasa, saya menolak dan memilih untuk terus bergerak sendiri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia