Harian Metro

Diberi tempoh 48 jam

-

Mereka memenangi empat kategori anugerah iaitu Sinematogr­afi Terbaik, Pengarah Terbaik, Anugerah Paling Popular dan Anugerah Khas Juri, sekali gus merangkul juara pada pertanding­an berkenaan.

Kemenangan itu lebih berharga apabila mereka ditawarkan melanjutka­n pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di mana-mana universiti di Shanghai, China atau Melbourne, Australia.

Raja Mohamad

Amin berkata, dia tidak menyangka kemenangan itu menjadi milik mereka kerana kebanyakan peserta hebat dan berpengala­man dalam bidang penghasila­n video.

Katanya, ini adalah pertama kali mereka menyertai pertanding­an seumpama itu dan tidak menyangka mendapat perhatian juri.

“Penyertaan atas dorongan pensyarah, Dr Li Qiao yang menghantar nama kami ke pertanding­an berkenaan,” katanya.

Berkongsi pengalaman selama tujuh hari di sana, Raja Mohamad Amin berkata, mereka diberi pengetahua­n budaya Guiyang, China dan dibawa ke beberapa tempat sekitar kawasan Guiyang untuk

Dibawa ke beberapa tempat sekitar

Guiyang, China untuk bina idea unik

membina idea unik masing masing.

“Kami diberi tempoh 48 jam untuk menyiapkan satu filem pendek mengikut kreativiti sendiri. Saya sebagai ketua kumpulan mengambil tanggungja­wab sebagai pengarah dan jurukamera, Saidatul

Nurlin membantu sebagai pengurus produksi dan Edwin Tan sebagai penyunting untuk filem pendek kami,” katanya.

Pertanding­an anjuran Universiti Sains dan Teknologi Qingdao itu turut disertai universiti dari seluruh negara termasuk Korea Selatan, Perancis, Jerman, Tanzania, Amerika Syarikat dan China. -Fazurawati Che Lah

 ??  ?? PESERTA yang mengikuti pertanding­an.
PESERTA yang mengikuti pertanding­an.
 ??  ?? RAJA Mohamad Amin (dua dari kanan), Saidatul Nurlin (kanan) dan Edwin (kiri) bersama penganjur selepas kemenangan.
RAJA Mohamad Amin (dua dari kanan), Saidatul Nurlin (kanan) dan Edwin (kiri) bersama penganjur selepas kemenangan.
 ??  ?? RAJA Mohamad Amin ketika merakamkan video pendek ketika di China.
RAJA Mohamad Amin ketika merakamkan video pendek ketika di China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia