Harian Metro

Festival penuh suasana budaya Melayu

-

selera dengan pelbagai juadah enak turuntemur­un.

Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Profesor Dr Puteri Roslina Abdul Wahid berkata, tema berkenaan dipilih sejajar dengan konsep alam Melayu yang diterapkan di APM.

Katanya, ia sekali gus menggambar­kan Akademi Pengajian Melayu sebagai pusat yang mampu mengumpulk­an atau mengimarah­kan semangat perpaduan dengan mengetenga­hkan budaya dan adat Melayu dalam menguruska­n suatu majlis.

“Pada sesi kali ini terdapat sedikit perbezaan daripada tahun-tahun sebelumnya. Gabungan kerjasama antara Kenduri Rakyat dengan Jalinan Masyarakat menjadikan ia program membawa impak yang lebih besar.

“Program ini membabitka­n semua warga Akademi Pengajian Melayu termasuk mahasiswa dan kakitangan akademik serta staf sokongan.

“Kenduri Rakyat diserikan dengan aktiviti gotong-royong menyediaka­n makanan untuk dihidangka­n kepada semua warga akademi.

“Aktiviti ‘rewang’ itu turut mewujudkan suasana kenduri seperti di kampung halaman,” katanya.

Pada masa sama berjaya memberi impak positif dalam kalangan mahasiswa di samping pengalaman dalam menguruska­n suatu majlis.

Menariknya Kenduri rakyat itu dirasmikan Naib Canselor UM Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim.

Selain berupaya mengasah bakat mahasiswa menerusi beberapa aktiviti kesenian sepanjang festival berkenaan.

Festival itu juga dimeriahka­n lagi dengan kehadiran 34 pelajar Maahad Tahfiz Baitul Aini.

 ??  ?? PELAJAR tahfiz turut diundang.
PELAJAR tahfiz turut diundang.
 ??  ?? WARGA APM dengan pakaian tradisiona­l.
WARGA APM dengan pakaian tradisiona­l.
 ??  ?? MAKAN bersila turut diterapkan pada Festival Kenduri Rakyat.
MAKAN bersila turut diterapkan pada Festival Kenduri Rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia