Harian Metro

Robot industri angkut barang

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Pensyarah Kanan Fakulti Kejurutera­an Elektrik (FKE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Yeong Che Fai membuktika­n produk penyelidik­an yang dihasilkan penyelidik dari universiti tempatan berjaya menembusi pasaran antarabang­sa.

Dalam usaha menyahut seruan UTM untuk mengkomers­ialkan produk penyelidik, Dr Yeong dan dua bekas mahasiswan­ya menubuhkan syarikat DF Automation & Robotics Sdn Bhd (DF).

Menerusi bantuan

Ricky Yap Wee Yang dan Tan Ping Hua, syarikat yang beroperasi di Taman Impian Emas, Skudai, Johor itu menghasilk­an robot untuk kegunaan industri bagi mengangkut barang (Automated Guided Vehicle (AGV) yang dikenali de ngan jenama ZALPHA.

“Robot industri ini boleh bergerak ke lokasi ditetapkan mengikut garisan magnetik yang dipasang pada lantai dan sesuai digunakan dalam industri pembuatan, tekstil, automotif, makanan, pergudanga­n dan pengoperas­ian hospital.

“Sejak ditubuhkan pada 2012, lebih 200 unit AGV dikeluarka­n dan berjaya menembusi pasaran di Singapura, Thailand, India, Mexico, Amerika Syarikat dan United Kingdom,” kata Dr Yeong yang juga Pengerusi DF.

Beliau berkata, robot itu dilengkapi teknologi terkini, reka bentuk fleksibel, mudah diselengga­rakan dan dikuasakan oleh perisian NavWiz yang mudah digunakan dan sesuai dengan keupayaan Revolusi Industri 4.0.

Katanya, DF memenangi beberapa anugerah termasuk daripada Frost & Sullivan Award dan

Asia Pacific ICT Alliance Awards (APICTA).

Produk yang dibangunka­n adalah hasil penyelidik­an pakar dari Malaysia dan menggunaka­n teknologi tempatan sementara harga yang tawarkan sangat berpatutan sesuai dengan spesifikas­i robot dibekalkan.

“Fungsi robot yang kami keluarkan adalah pelbagai dan boleh diubah mengikut keperluan pelanggan.

“Kami juga menyediaka­n khidmat selepas jualan dan pembaikan bagi mengekalka­n kualiti produk di mata pelanggan,” katanya.

Usaha yang dijalankan DF selaras dengan hasrat kerajaan menyediaka­n peluang pekerjaan baharu kepada lepasan universiti.

Selain menyediaka­n peluang pekerjaan, syarikat berkenaan juga menjadi tempat penuntut universiti, khususnya UTM menimba pengalaman bekerja di industri sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar selepas menamatkan pengajian.

Hingga kini, 70 peratus tenaga kerja di syarikat berkenaan lepasan UTM dan langkah berkenaan adalah satu pengiktira­fan terhadap mutu pendidikan UTM, terutama dalam bidang teknologi robotik.

 ??  ?? BEBERAPA model AGV yang dihasilkan.
BEBERAPA model AGV yang dihasilkan.
 ??  ?? KAKITANGAN bahagian teknologi maklumat mengatur cara sistem komputer sebelum diserahkan kepada bahagian kejurutera­an untuk dipasang dalam badan robot.
KAKITANGAN bahagian teknologi maklumat mengatur cara sistem komputer sebelum diserahkan kepada bahagian kejurutera­an untuk dipasang dalam badan robot.
 ??  ?? TENAGA kerja mahir dan berpengeta­huan tinggi menjadi tulang
belakang.
TENAGA kerja mahir dan berpengeta­huan tinggi menjadi tulang belakang.
 ??  ?? PEKERJA bahagian kejurutera­an memasang
robot yang dipesan pelanggan.
PEKERJA bahagian kejurutera­an memasang robot yang dipesan pelanggan.
 ??  ?? DR Yeong
DR Yeong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia