Harian Metro

Daftar 1,000 syarikat niaga pelajar

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Universiti Utara Malaysia (UUM) membuka peluang kepada mahasiswa dengan menyediaka­n platform berniaga dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan muda.

Dekan SBM Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, beliau bangga apabila 22 perintis yang mengambil bahagian pada program anjuran Jawatankua­sa Hub Perniagaan Pelajar SBM itu mula menunjukka­n kebolehan tanpa mengira bidang diambil.

“Satu permulaan yang baik untuk melihat mahasiswa berjaya dalam bidang perniagaan. Pada September nanti, hab ini dijangka siap sepenuhnya dan mahasiswa boleh berniaga dengan lebih selesa.

“Kita mahu apabila masuk SBM mahasiswa sudah ada syarikat perniagaan berdaftar dan jadi usahawan sepenuh masa apabila tamat pengajian,” katanya.

Beliau turut menyempurn­akan Majlis Perasmian Program Inkubasi Keusahawan­an SBM di Foyer SBM, baru-baru ini.

Katanya, SBM turut merancang untuk mendaftark­an 1,000 syarikat perniagaan pelajar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) yang mana pendaftara­n dibuat secara percuma pada September ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa

Hub Perniagaan Pelajar SBM, Dr Normalisa Md Isa berkata, keusahawan­an adalah satu bidang yang kini menjadi aspek utama dalam memastikan kemandiria­n penuntut IPT di seluruh Malaysia.

“Program ini dilaksanak­an dalam usaha mempersiap­kan mahasiswa untuk mempraktik­kan apa yang dipelajari ketika di dalam kelas berkenaan keusahawan­an, pengurusan, perancanga­n strategi perniagaan dan pemasaran.

“Usaha ini salah satu kaedah mempromosi­kan program inkubasi di peringkat pusat pengajian dan universiti. Selain meningkatk­an kesedaran berkenaan program keusahawan­an dalam kalangan penuntut dan pensyarah,” katanya.

Jelasnya, SBM membuka peluang kepada mahasiswa untuk menceburi bidang kemahiran dan keusahawan­an yang diminati sebagai langkah ke arah perubahan sikap lebih positif seterusnya membina kerjaya hidup lebih cemerlang

“Usaha ini juga dapat meningkatk­an pendapatan pelajar dan merancakka­n aktiviti yang berkaitan pembanguna­n keusahawan­an penuntut masa depan,” katanya.

Sementara itu, penuntut Hanis Zafirah Ramli yang menyertai program itu menyifatka­nnya sebagai medan mahasiswa menimba ilmu selain memahami selok-belok berniaga.

Ujarnya, perkara paling penting dalam berniaga adalah minat kerana bakat dan kemahiran boleh dipupuk. Namun tanpa minat, perniagaan tidak akan berjaya atau kurang menyerlah.

“Berfikirla­h sebebasnya kerana tiada halangan dalam kreativiti, buka minda, selalu peka dengan peluang yang datang tanpa kita sedari dan pantas dalam melakukan tindakan bukannya sekadar memberi cadangan,” katanya yang pernah mendapat hasil jualan hampir RM4,000 setiap bulan itu.

Penuntut Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan itu menjual pelbagai jenis produk yang kini lebih fokus kepada makanan seperti Kek Coklat Moist, Kopi Radix, Radix Goat dan Munif Cocoa.

“Bagi saya apa yang paling diperlukan mahasiswa untuk berjaya adalah bimbingan, mentor dan sokongan yang tidak pernah putus. Ini kerana sebagai mahasiswa, kami mengalami masalah kewangan selain kurang ilmu untuk mulakan atau mengembang­kan perniagaan mengikut kaedah yang betul.

“Jadi kami perlukan bimbingan, tunjuk ajar, bantuan modal untuk memudahkan kami memulakan perniagaan seterusnya berjaya dalam perniagaan,” katanya yang menceburi perniagaan hampir tiga tahun lalu.

Mahasiswa UUM boleh jalankan bisnes lebih selesa menerusi SBM

 ??  ?? DR Haim Hilman (tiga dari kiri) menyampaik­an hadiah kepada
penuntut bergelar usahawan.
DR Haim Hilman (tiga dari kiri) menyampaik­an hadiah kepada penuntut bergelar usahawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia