Harian Metro

Belajar jadi pemimpin cemerlang

-

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burong, Ahmad Sa’ari Muhamad mewakili Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Selangor.

Pengarah program, Tan Jian Yang berpendapa­t PRS juga berperanan sebagai pemimpin selain pengawas sekolah yang wajar menjadi contoh kepada pelajar lain.

“Oleh itu, saya berha- rap menerusi program ini pelajar dapat mempelajar­i ciri-ciri seorang pemimpin yang cemerlang di sekolah. Seterusnya mengaplika­sikan ilmu dipelajari­nya sepanjang program ini dalam membantu pelajar lain,” katanya.

Fasilitato­r program,

Siti Fatimah Mohd Zamri menganggap program kolaborati­f yang mereka kendalikan itu adalah platform terbaik untuk mahasiswa menjalanka­n tanggungja­wab sosial terhadap masyarakat khususnya dalam kalangan pelajar yang bakal menjadi pelapis menerajui aspirasi negara satu hari kelak.

Program yang berlangsun­g di sekitar Kolej Ungku Omar itu diisi pelbagai aktiviti menarik termasuk ‘Race Against Time,’ ‘The Mole,’ teknik pengucapan awam melalui slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Jelajah Kampus dan perkongsia­n ciri kepemimpin­an.

Guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa, Asidah Dahalan berpendapa­t, modul program yang digunakan sangat baik dan sesuai dalam membentuk kemenjadia­n pelajar sebagai pemimpin.

“Selain penceramah yang profesiona­l, fasilitato­r pula mahir mengendali­kan aktiviti hingga mampu menarik minat peserta dan memberi impak yang berkesan,” katanya.

Peserta program, Elyana Zafira Inrajato, 15, dari SMK Dato Harun berkata, program itu memberi kesan kepada setiap pelajar dan semua nilai positif disemat dalam diri untuk digunakan pada masa akan datang.

 ??  ?? DR NIZAM menyampaik­an hadiah kepada pelajar yang menyertai program di Dewan Kolej Ungku Omar.
DR NIZAM menyampaik­an hadiah kepada pelajar yang menyertai program di Dewan Kolej Ungku Omar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia