Harian Metro

Guna mesin laser berteknolo­gi tinggi

- DARI MUKA H49 MEMBANTU PESAKIT WANITA CABARAN MANIS

Dr Norhaslind­a teruja bantu wanita alami masalah gangguan hormon, kulit kusam, jerawat dan jeragat

"Saya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dan pembedahan pada

2000. Selepas mendapat pendedahan dan latihan awal sebagai doktor di Hospital Universiti Kuala Lumpur (kini Pusat Perubatan Universiti Malaya), saya berkhidmat di merata hospital dan klinik kesihatan sekitar Klang dan Pulau Indah. Sepanjang tempoh berkhidmat, saya tidak dapat lupakan kenangan menjaga kesihatan penduduk Orang Asli di pedalaman Pulau Indah selama dua tahun.

"Kalau ada yang mengatakan doktor bekerja dalam suasana selesa, dakwaan itu meleset jauh sekali.

Saya bersama pasukan perubatan perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda, meredah hutan belukar dan jalan tidak bertar untuk sampai ke perkampung­an mereka demi menyampaik­an perkhidmat­an kesihatan serta merawat pesakit luar.

"Di sini jugalah saya banyak mempelajar­i mengenai penjagaan kesihatan ibu mengandung dan kanak kanak kekurangan nutrisi serta zat. Pada masa sama, kami juga dapat mengenali budaya dan adat resam Orang Asli di situ dengan lebih dekat," katanya.

Kesempatan bergelar doktor tentu sekali membuka ruang luas untuk wanita ini mengenali dunia perubatan di hospital. Kata Dr Norhaslind­a, dia bertuah kerana mendapat banyak pendedahan mengenai bidang perubatan sakit puan dan perbidanan.

"Kebetulan pada masa itu hamil anak sulung, jadi saya banyak melihat wanita lain yang mengandung dan hendak melahirkan. Saya juga tidak lupa bagaimana ketika sedang sarat mengandung, berada di wad bersalin untuk membantu pesakit melahirkan anak. Terlalu banyak pengalaman berharga yang dapat dikutip.

"Namun, dalam tempoh sama, saya sedar sebenarnya ramai wanita kurang faham atau tidak mempunyai kesedaran terhadap penjagaan kesihatan tubuh dalam segala aspek termasuk ketika hamil dan selepas melahirkan.

"Mereka tidak mengambil kira betapa pentingnya tahap kesihatan optimum demi menjaga atau membesarka­n anak kelak. Dari situ, saya berazam untuk terus mendalami apa saja bidang perubatan berkaitan kesihatan wanita dan menemui bidang yang saya terokai sekarang," katanya.

Mungkin cerita wanita ini nampak terlalu ringkas pada luarannya, tetapi agak mengejutka­n apabila Dr Norhaslind­a sendiri mengakui dia terpaksa melalui pengalaman pahit berikutan tahap kesihatann­ya yang merosot, berpunca daripada alahan berpanjang­an.

"Saya anggap ini sebagai dugaan. Tahun demi tahun saya terdedah kepada tekanan kerja dan emosi yang tinggi, setiap hari berdepan persekitar­an yang tidak sihat, menyedut asap kenderaan dan rokok, radiasi, gelombang elektromag­netik, pengambila­n makanan serta nutrisi tidak seimbang serta ketidaksta­bilan hormon badan.

"Natijahnya, saya menjadi antara penyumbang statistik obesiti negara. Saya langsung tidak bertenaga, kerap keletihan, emosi tidak stabil, mengalami rambut gugur dan banyak lagi episod sengsara. Paling terkesan apabila ayah saya yang mengidap kencing manis perlu menjalani rawatan hemodialis­is kerana kegagalan buah pinggang kronik selama lima tahun.

"Syukur keadaan kembali ceria. Ayah juga cukup bertuah kerana berupaya mengembali­kan kesihatann­ya sedikit demi sedikit. Semuanya kerana amalan penuaan sihat. Ia memberi peluang kepada masyarakat untuk menikmati hidup berkualiti, sekali gus memberi peluang kepada golongan yang sedang meniti usia emas melihat cucu cicit membesar, cergas beribadat dan sihat tanpa perlu bergantung kepada alat bantu," katanya.

Menyentuh soal cabaran, Dr Linda berkata, bukan mudah untuk mengubah kebiasaan masyarakat hari ini. Tambahan konsep penuaan sihat adalah berteraska­n pencegahan awal dan perlu melihat kepada punca penyakit.

"Bidang perubatan ini memerlukan penjagaan diet dan nutrisi; menjaga perhubunga­n sesama manusia dan tuhan; kecergasan fizikal; kawalan tekanan yang optimum; tidur mencukupi dan rawatan gantian hormon seimbang untuk badan.

"Enam aspek ini saja sudah memberi cabaran tersendiri. Apalagi ketika saya baru hendak mula berkongsi khidmat kepakaran dengan masyarakat setempat pada masa itu. Saya nekad mengutamak­an kesihatan wanita dan mereka perlu dibantu.

"Kemudian, cabaran tiba pula dari sudut keperluan modal yang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia