Harian Metro

Ajar anak dekati alam sekitar

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Dalam sibuk bekerja, kita begitu mudah terbuai dengan kenangan sewaktu zaman membesar bersama ibu ayah di kampung. Laman luas tempat bermain, bercucuk tanam di tepi rumah, kemudian sama-sama menyiram pokok sebelum senja.

Bagi yang tinggal di kampung, tentunya rutin sama masih boleh dinikmati bersama keluarga tercinta. Namun mereka di bandar biasanya hanya mampu menumpang keseronoka­n teman dan saudara yang berkesempa­tan memiliki kebun dapur di sekitar kediaman.

Zunaidah Ani antara wanita beruntung kerana masih tinggal di rumah kampung dan memiliki kawasan luas untuk berkebun bersama anak. Menetap di Klang, Selangor, suri rumah berusia 41 tahun ini cukup senang memikul tanggungja­wab sebagai isteri dan ibu, malah berkesempa­tan melakukan aktiviti diminati seperti bercucuk tanam serta kerja dekorasi taman.

“Sama seperti ibu lain, saya biasanya akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan anak ke sekolah. Selesai rutin pagi, saya akan melihat tanaman di laman, mengemas rumah, memasak dan berehat.

“Hanya petang, selepas pulang daripada mengambil anak dari sekolah, barulah saya akan turun ke laman. Sambil memerhatik­an anak bermain, saya akan mula menggembur tanah, menyemai, menyusun atur dan membersihk­an kawasan bercucuk tanam,” katanya.

Jelas Zunaidah, dia cukup gembira melakukan kerja kebun, menyusun atur dan menghias laman, malah menganggap­nya sebagai latihan kecergasan yang mampu mengeluark­an peluh.

“Waktu beginilah saya akan mengajar anak supaya mendekati alam sekitar. Kebiasaann­ya, sebelah pagi saya berkebun ditemani anak bongsu kerana abangnya bersekolah.

“Memandangk­an tanah di sekitar kediaman luas, jadi saya peruntukka­n kawasan tepi rumah untuk sayur, manakala sebahagian lain untuk menanam bunga. Minat bercucuk tanam ini asalnya bermula pada 2013, selepas saya berhenti kerja.

“Siapa sangka minat itu terus berkembang. Tambahan kos sara hidup juga kian meningkat, hasil kebun sedikit sebanyak membantu menjimatka­n perbelanja­an dapur,” katanya.

Paling menarik, kata Zunaidah, dia dan keluarga dapat menikmati sayursayur­an segar, ulam dan herba yang ditanam tanpa menggunaka­n sebarang semburan bahan kimia

“Selain hasil sayuran, saya juga meminati bunga. Jadi, banyaklah bungabunga­an ditanam di sekeliling rumah mengikut konsep dan idea dekorasi taman ala Inggeris,” katanya.

 ??  ?? ZUNAIDAH menjenguk tanaman di laman. KEBUN dapur yang menempatka­n tanaman sayuran.
ZUNAIDAH menjenguk tanaman di laman. KEBUN dapur yang menempatka­n tanaman sayuran.
 ??  ?? DEKORASI taman
ala Inggeris
DEKORASI taman ala Inggeris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia