Harian Metro

Padi Reborn kembalikan nostalgia

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Selepas tujuh tahun menyepi, Padi Reborn mengembali­kan nostalgia dengan mengadakan persembaha­n cukup bertenaga dengan menyampaik­an 17 lagu popular mereka di hadapan lebih 2,000 peminat tempatan bersempena Padi Reborn Exclusive Live In KL di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Sabtu lalu.

Persembaha­n pembukaan bermula tepat jam 8.30 malam dengan menampilka­n

kumpulan

Persembaha­n

bertenaga di hadapan 2,000 peminat tempatan di KL Live, Sabtu

lalu selepas 7 tahun menyepi

muzik tempatan Pitahati.

Pitahati menyampaik­an rendisi lagu popular mereka antaranya Cahaya Buta, Sahabat dan Bintang Biru Kristal Salju.

Selepas itu, penonton dipertonto­nkan dengan persembaha­n visual khas yang menunjukka­n perkembang­an kerjaya Padi Reborn sejak mereka mula bertapak sebagai Padi pada 1995.

Tepat jam 9.10 malam, Padi Reborn dianggotai Piyu (gitar), Fadly (vokal utama), Ari (gitar), Rindra (bass) dan Yoyo (dram) memulakan persembaha­n dengan lagu Sang Penghibur.

Suasana menjadi lebih gamat tatkala menyampaik­an lagu kedua berjudul Begitu Indah yang diterbitka­n pada 1999.

Kejutan istimewa buat peminat tempatan apabila mereka menampilka­n pemuzik muda remaja, Amira Syahira, 15, bermain dram mengiringi pemain dram Padi Reborn, Yoyo melalui lagu Bayangkanl­ah.

Gitaris kumpulan legenda ini, Piyu turut menyampaik­an sebuah lagu berjudul Harmoni sambil memetik gitar.

Penyanyi Aizat Amdan pula muncul berduet dengan mereka melalui lagu Kasih Tak Sampai dan turut menyampaik­an lagu terbarunya, Sampai Hari Tua.

Aizat turut berkongsi pengalaman­nya menonton konsert Padi ketika usianya 19 tahun.

“Saya masih ingat ketika menonton konsert Padi di Indonesia, hujan turun dan ramai cari tempat berlindung. “Tetapi Padi tetap meneruskan persembaha­n dan detik itu jadi inspirasi buat saya agar menjadi seperti mereka,” kata Aizat.

Sebelum menyampaik­an lagu Sahabat Selamanya yang popular sebagai lagu runut animasi Upin Ipin, Fadly sempat mengucapka­n tahniah kepada rakyat Malaysia sempena Pilihanray­a Umum ke-14 lalu.

“Tahniah kepada anda kerana sudah memilih pemimpin pada pilihanray­a

 ??  ?? VOKAL Fadly memukau penonton.
VOKAL Fadly memukau penonton.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia