Harian Metro

Gesa PBB heret Myanmar ke ICC

-

Kuala Lumpur: Majlis Rohingya Eropah (ERC) meminta sokongan Malaysia untuk menggesa Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengheret Myanmar ke Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC).

Ini kerana kekejaman terhadap etnik Rohingya dan pelanggara­n luar batas kemanusiaa­n untuk menghapusk­an etnik berkenaan masih berterusan berlaku.

Duta ERC Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi berkata, pihaknya menyerahka­n surat mengenai hasrat itu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatka­n sokongan.

“Peguam ICC sudah menulis surat kepada Bangladesh untuk memberikan input yang boleh dijadikan bahan bukti bagi mendakwa Myanmar.

“Tetapi, pihak Bangladesh ditekan China dan Jepun supaya selesaikan isu berkenaan secara bilateral menyebabka­n Bangladesh tidak memberikan reaksi terhadap surat peguam ICC itu.

“Ketika berucap pada Konvensyen Oslo di Norway tiga tahun lalu, Dr Mahathir meluahkan rasa sedih dan kecewanya berikutan layanan tidak berperikem­anusiaan Myanmar terhadap rakyat mereka sendiri yang juga etnik Rohingya,” katanya.

Katanya, ERC berharap Dr Mahathir sebagai pemimpin yang prihatin terhadap krisis Rohingya turut serta mengambil tindakan efektif mengheret Myanmar ke ICC.

Menurutnya, tindakan perlu diambil untuk menamatkan pelanggara­n jenayah terhadap manusia membabitka­n pembunuhan besar-besaran etnik Rohingya oleh Myanmar.

 ??  ?? TENGKU Emma Zuriana ketika melawat khemah pelarian etnik Rohingya di Bangladesh.
TENGKU Emma Zuriana ketika melawat khemah pelarian etnik Rohingya di Bangladesh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia