Harian Metro

Beri kelonggara­n Rohingya bekerja

-

Kuala Lumpur: Kerajaan disaran memberikan kelonggara­n kepada pelarian dan pemohon perlindung­an suaka berdaftar dengan Pesuruhjay­a Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dalam kalangan Rohingya untuk berpeluang bekerja di negara ini.

Saranan itu dilontarka­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Program Amal Muafakat Johor (PAMJ) yang melihat isu ekonomi masyarakat yang tertindas di Myanmar iaitu negara mereka sendiri itu perlu dikaji kerana jumlah mereka ramai di negara ini.

Hingga Mac 2018, seramai 155,880 pelarian dan pemohon perlindung­an suaka berdaftar dengan UNHCR Malaysia

Pengasas PAMJ Mas Imran Adam berkata, pihaknya sedih melihat ramai masyarakat Rohingya dalam kesempitan disebabkan mereka tidak dibenarkan bekerja kerana Malaysia tidak mengiktira­f status pelarian memandangk­an negara ini bukan negara anggota kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Status Pelarian 1967.

“Saya ambil contoh di Johor Bahru dan daerah sekitarnya. Masyarakat Rohingya boleh ditemui di merata-rata di Senai, Kulai, Permas Jaya dan Larkin.

“Mereka pernah datang menemui saya untuk memohon pekerjaan. Saya lihat mereka tidak bermasalah disiplin malah rajin.

“Namun apabila saya tanya kepada pihak imigresen, mereka kata tak boleh (ambil Rohingya bekerja). Sekiranya saya ambil juga dan apabila imigresen melakukan operasi saya juga boleh didakwa atas kesalahan mengambil Rohingya bekerja,” katanya di sini, semalam.

Saya lihat mereka tidak bermasalah disiplin malah

rajin

Mas Imran Adam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia