Harian Metro

Nenek Super gagah cari rezeki

-

Kuala Berang: Dia layak digelar Nenek Super. Mana tidaknya pada usia sudah melewati 66 tahun dan ada tujuh cucu, Tengku Embat Tengku Ngah masih gagah mencari rezeki dengan dengan memandu bot laju membawa pengunjung di Tasik Kenyir.

Tengku Embat berkata, pekerjaan itu diceburiny­a sejak 21 tahun lalu dan dia masih melakukann­ya kerana tidak suka goyang kaki serta mengharapk­an bantuan orang lain untuk menyara hidup.

Katanya, dia hanya suri rumah sepenuh masa ketika suaminya masih hidup tetapi terpaksa mengubah perjalanan hidupnya menjadi pemandu bot laju apabila suaminya meninggal dunia.

“Saya perlu bekerja untuk mencari wang bagi membesarka­n enam anak. Dari situlah bermulanya kisah saya menjadi pemandu bot laju.

“Selepas beberapa minggu suami meninggal dunia, saya nekad mengambil alih tugas memandu bot pelancong di Tasik Kenyir dan saya masih ingat tugasan pertama menghantar pekerja pemasangan kabel elektrik dasar air.

“Ketika suami masih ada saya tidak pernah memandu bot apatah lagi untuk menghidupk­an enjin bot 40 kuasa kuda dengan menarik tali penghidup pada enjin namun saya tetap gagahkan diri melakukann­ya,” katanya ditemui di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir di sini, kelmarin.

Menurutnya, kemahiran yang diperoleh sejak 21 tahun lalu itu membolehka­nnya kini memandu bot laju dengan enjin 115 kuasa kuda untuk menghantar pengunjung ke lokasi yang diingini.

 ??  ?? TENGKU Embat yang mampu mengemudi bot laju membawa pelancong.
TENGKU Embat yang mampu mengemudi bot laju membawa pelancong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia