Harian Metro

Upah seludup RM6 sekilogram

- Zuliaty Zulkiffli news@nstp.com.my

Cubaan pesara tentera menyeludup 65 tenggiling seberat 300 kilogram bernilai RM75,000 ke negara jiran gagal apabila ditahan anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), semalam.

Komander AKSEM Bukit Kayu Hitam Asisten Superinten­dan Mohd Khairi Abdullah berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan ketika melalui sekatan AKSEM di Kilometer 1.1 dari Bukit Kayu Hitam ke Thailand, jam 10 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n ke atas kereta Mercedes dipandu lelaki itu menemukan sejumlah guni biru mengandung­i tenggiling pelbagai saiz yang masih hidup.

Katanya, guni berkenaan ditutup dengan lapisan plastik kanvas di ruang tayar simpanan di dalam but kereta itu.

“Ketika ditahan, lelaki itu gagal mengemukak­an sebarang dokumen

 Askar pencen ditahan bawa 65 tenggiling

dan mengaku membawa tenggiling yang diperoleh daripada individu dari Jitra untuk diseludup ke Thailand.

“Terdahulu, lelaki yang menetap di Kuala Nerang itu mendakwa keretanya dipandu individu lain ke satu kawasan untuk mengisi guni yang mengandung­i tenggiling berkenaan sebelum menyerahka­n semula kepadanya untuk dibawa ke Thailand,” katanya pada sidang media di Kompleks Pentadbira­n AKSEM di sini.

Mohd Khairi berkata, lelaki itu mendakwa memperoleh upah RM1,800 iaitu RM6 setiap kilogram tenggiling yang dibawanya.

“Berdasarka­n siasatan, kita percaya suspek sebelum ini pernah melakukan kegiatan berkenaan namun ini kali pertama dia ditahan pihak berkuasa.

“Berdasarka­n pemeriksaa­n pada badan haiwan berkenaan, kita percaya semua sudah ditempah oleh individu berlainan di negara jiran berikutan cat yang ditanda pada badan haiwan terbabit.

“Kita percaya tenggiling terbabit mendapat permintaan untuk dijadikan makanan eksotik manakala sisiknya akan dijadikan bahan perubatan yang mampu mencecah harga RM20,000 sekilogram,” katanya.

Mohd Khairi berkata, keseluruha­n rampasan dianggarka­n bernilai RM95,000 termasuk tenggiling dan kereta milik suspek dianggarka­n bernilai RM20,000.

 ??  ?? MOHD Khairi (kanan) menunjukka­n tenggiling yang dirampas. Gambar kecil, guni berisi tenggiling.
MOHD Khairi (kanan) menunjukka­n tenggiling yang dirampas. Gambar kecil, guni berisi tenggiling.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia