Harian Metro

Tak sempat serah al-Quran untuk ibu

Dua beradik maut motosikal ditunggang rempuh bas rosak

- Omar Osman news@nstp.com.my

Hajat dua beradik menyerahka­n senaskah al-Quran dibeli mereka selepas dipesan ibu tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan membabitka­n motosikal dan bas ketika pulang ke rumah di Taman Serai Wangi, Padang Serai, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, mangsa, Muhammad Amirul Khusairi Amirashid, 21, menunggang motosikal Modenas Kriss 120 bersama adiknya, Nurul Atikah, 19, meninggal dunia selepas dikatakan merempuh belakang sebuah bas yang rosak di tepi jalan di Jalan Lencongan Timur dekat Amanjaya di sini.

Muhammad Amirul Khusairi meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan muka manakala Nurul Atikah parah di kepala meninggal dunia di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Ibu mereka, Nariya Abdullah, 47, berkata, anaknya keluar dari rumah jam 11 pagi untuk ke Sungai Petani untuk membeli al-Quran dipesannya.

“Kami sekeluarga baru keluar makan bersama malam tadi (kelmarin) kerana arwah Nurul Atikah menerima gaji pertamanya dan saya ada meminta Amirul membeli senaskah al-Quran yang lebih besar bagi memudahkan untuk membaca.

“Adiknya kemudian berjanji mahu membelinya kerana dia tidak bekerja hari ini (semalam) dan mengajak abangnya ke Sungai Petani untuk membeli al-Quran itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSAH, di sini.

Nariya berkata, bagaimanap­un jam 2.30 petang semalam, dia terkejut apabila suami, Amirashid Ibrahim, 49, memberitah­u anak mereka terbabit kemalangan ketika ingin pulang ke rumah.

“Saya tidak sangka mereka keluar pagi tadi (semalam) dan tidak kembali lagi dan lebih pilu apabila al-Quran yang dibeli tidak sempat diserah kepada saya,” katanya.

“Biarpun sedih dengan apa yang berlaku di mana dua anak pergi serentak, namun saya dan suami reda serta bersyukur kerana mereka pergi dalam keadaan baik, Allah lebih sayangkan mereka,” katanya.

Katanya, Nurul Atiqah sedang menunggu panggilan universiti bekerja sementara di sebuah kilang di Prai, Pulau Pinang manakala arwah abangnya juga ingin menyambung pelajaran tidak lama lagi.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahka­n kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa mayat Muhammad Amirul Khusairi yang maut dalam kemalangan di Jalan Lencongan Timur. Gambar kecil, naskah al-Quran yang dibeli mangsa.
ANGGOTA polis memeriksa mayat Muhammad Amirul Khusairi yang maut dalam kemalangan di Jalan Lencongan Timur. Gambar kecil, naskah al-Quran yang dibeli mangsa.
 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Amirul Khusairi
MUHAMMAD Amirul Khusairi
 ??  ?? NURUL Atikah
NURUL Atikah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia