Harian Metro

Bermaharaj­alela sebulan je...

-

Gombak: Selepas kira-kira sebulan bermaharaj­alela, dua lelaki yang menjadi dalang beberapa kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di kawasan Taman Sri Gombak 2, di sini, diberkas polis.

Suspek masing-masing berusia 26 dan 44 tahun itu yang dipercayai aktif melakukan jenayah berkenaan ditahan jam 6 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, polis pada mulanya menerima maklumat daripada orang awam memaklumka­n sebuah kenderaan dilihat dalam keadaan mencurigak­an berlegar-legar di kawasan Hillcrest Seri Gombak.

Katanya, susulan itu anggota menjalanka­n rondaan cegah jenayah sebelum terserempa­k kenderaan dinaiki dua lelaki terbabit.

“Anggota yang melakukan rondaan cuba menahan kenderaan dinaiki suspek untuk melakukan pemeriksaa­n namun kenderaan itu dipecut laju dan keluar ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

“Polis yang mengejar kenderaan itu berjaya menahan dua suspek terbabit selepas ia berhenti secara mengejut di Jalan SG 2/10,” katanya ketika di hubungi, di sini, semalam.

Ali berkata, pemeriksaa­n ke atas kenderaan dinaiki suspek mendapati ia dilaporkan hilang dalam kejadian pecah rumah di daerah ini pada 28 Jun lalu,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini suspek dipercayai terbabit dalam beberapa kes pecah rumah di kawasan Gombak dan satu kes curi di Kepong, Kuala Lumpur.

“Kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari utntuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya.

Anggota melakukan rondaan cuba menahan kenderaan dinaiki suspek namun kenderaan dipecut laju keluar ke MRR2”

Ali Ahmad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia