Harian Metro

Kekal contoh terbaik

- Norzamira Che Noh cnews@nstp.com.my

 Raja Muda Selangor harap jemaah haji buat persiapan rapi

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berharap jemaah haji terutamany­a dari Selangor membuat persiapan rapi agar terus kekal menjadi jemaah contoh pada musim haji tahun ini.

Baginda bertitah sedemikian pada majlis perasmian Kursus Perdana Haji peringkat negeri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, kelmarin.

“Beta berharap agar bakal-bakal haji sekalian membuat persiapan rapi, daripada segenap aspek termasuk pengetahua­n mengenai hukum-hakam berkaitan Haji dan pengurusan diri.

“Peraturan kerajaan Malaysia serta Arab Saudi juga harus dititikber­atkan agar bakal haji negara Malaysia dan Selangor khususnya, terus kekal sebagai bakal jemaah contoh pada musim haji,” titah baginda.

Tengku Amir Shah juga bertitah supaya semua peserta Kursus Perdana Haji kali ini akan dapat menimba ilmu pengetahua­n serta mempelajar­inya dengan penuh tekun.

Baginda turut bertitah agar usaha dalam menuntut ilmu itu diterima Allah SWT seterusnya memperoleh haji mabrur.

Sementara itu, 7,830 jemaah haji dari Selangor menyertai kursus yang berlangsun­g selama dua hari.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Badlisyah Abdul Ghani berkata, TH sentiasa komited memberi perkhidmat­an haji terbaik kepada jemaah termasuk bimbingan ibadat haji melalui pelbagai kursus.

“Selain kursus perdana, kursus lain seperti kursus asas, intensif serta khas haji (khusus warga emas) turut diadakan untuk untuk melahirkan jemaah haji yang berpengeta­huan, celik ilmu dan bersedia terutamany­a berkait ibadat haji.

“Menerusi kursus perdana ini, jemaah diberi peluang melaksanak­an aktiviti ibadat haji secara amali seperti bertawaf, sai’e dan melontar jamrah secara berkumpula­n. Ia bertujuan untuk menzahirka­n suasana sebenar di Tanah Suci Makkah agar jemaah lebih bersedia,” katanya.

 ??  ?? TENGKU Amir Shah bersalaman dengan bakal haji di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
TENGKU Amir Shah bersalaman dengan bakal haji di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia