Harian Metro

120,000 dah daftar VSP

-

Klang: Penubuhan Volunteer Smartphone Patrol (VSP) menerima sambutan menggalakk­an apabila seramai 120,000 penduduk di Selangor sudah mendaftar sebagai ahli sejak ia dilancarka­n bermula Mac tahun lalu.

Jumlah itu sekali gus di luar jangkaan polis kerana melebihi sasaran ditetapkan iaitu 70,000 pendaftara­n keahlian.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Datuk K Kumaran berkata, pihaknya berpuas hati dengan penerimaan positif itu terutama dalam tempoh tujuh bulan kebelakang­an ini.

“Kami (polis) mempunyai banyak medium dan masyarakat harus menggunaka­n ia bagi membantu menyalurka­n maklumat antaranya kes jenayah dan penyalahgu­naan dadah supaya tindakan segera dapat diambil.

“Bagi seluruh negara, VSP kini sudah melepasi sejuta pendaftara­n keahlian, sekali gus menunjukka­n maklum balas positif daripada orang awam terhadap aplikasi berkenaan,” katanya selepas merasmikan Program Sehari Bersama Masyarakat anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di Kampung Idaman, Pandamaran di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Superinten­dan Rahmat Ariffin dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman Hamidi Shariff.

Program itu platform terbaik bagi mengeratka­n hubungan antara polis dan masyarakat sekali gus bertepatan dengan tema Hari Polis iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Kata Kumaran, setiap maklumat diterima pihaknya akan direkodkan bagi tindakan lanjut sama ada segera atau yang memerlukan risikan.

“Kami menerima kurang daripada 5,000 maklumat setakat ini di Selangor dalam usaha membantu polis mencegah jenayah di kawasan masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 958 kes jenayah dicatatkan di daerah Klang Selatan sepanjang tempoh sehingga 25 Jun lalu.

“Ia menunjukka­n penurunan sebanyak 177 kes berbanding 1,135 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“Kami tidak seharusnya berasa selesa dan leka dengan pencapaian itu namun perlu terus menyalurka­n maklumat kes jenayah kepada polis sama ada melalui panggilan ke Bilik Gerakan Daerah atau saluran alternatif seperti VSP dan panggilan kecemasan 999,” katanya.

 ??  ?? KUMARAN (tengah) bersama orang ramai melawat pameran senjata pada Program Sehari Bersama Masyarakat di Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman, Klang.
KUMARAN (tengah) bersama orang ramai melawat pameran senjata pada Program Sehari Bersama Masyarakat di Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman, Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia