Harian Metro

‘Bestinet bukan agensi pengambila­n pekerja asing’

-

Kuala Lumpur: Bestinet Sdn Bhd, syarikat yang mengendali­kan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) iaitu platform untuk mendaftark­an pekerja asing di Malaysia menegaskan ia hanya penyedia sistem penyelesai­an berpusat dan bukan agensi pengambila­n pekerja asing.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Ismail Mohd Noor berkata, FWCMS adalah platform yang berkesan dan cekap untuk negara sumber dan majikan di Malaysia mendaftark­an pekerja asing bermula dari awal proses hingga ke peringkat akhir.

“FWCMS adalah sistem dalam talian yang digunakan semua negara sumber dan majikan tempatan untuk mendaftark­an pekerja asing yang akan bekerja di negara ini.

“Menerusi sistem bersepadu ini, ia dapat mengenal pasti mana-mana calon atau pemohon yang disenarai hitam atau mempunyai latar belakang kesihatan yang mencurigak­an. Ini bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak saja dapat bekerja di negara ini.

“Jika dulu majikan perlu menunggu sehingga tiga ke enam bulan dengan adanya sistem ini, majikan dapat menerima pekerja asing dalam bulan yang sama selepas memohon,” katanya dalam taklimat media.

Minggu lalu, FWCMS menerima anugerah sebagai antara 40 projek digital terbaik di dunia pada Anugerah Kemuncak Dunia 2018 di Austria, yang diiktiraf dalam memenuhi matlamat pembanguna­n lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dipilih daripada 400 penyertaan daripada 180 negara termasuk Austria, Georgia, India dan Portugal.

Ditubuhkan pada 2008, Ismail berkata, Bestinet adalah organisasi teknologi maklumat (IT) yang memberi tumpuan kepada penyampaia­n penyelesai­an teknologi, aplikasi dan infrastruk­tur rentas sempadan yang komprehens­if kepada pelanggan sektor awam dan swasta.

 ?? Ismail Mohd Noor ??
Ismail Mohd Noor
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia