Harian Metro

Rebut nikmat cuti cukai

- Mohd Zaky Zainuddin zaky@nstp.com.my

 Pembeli kenderaan disaran buat tempahan awal bagi harga tanpa GST, SST

kadar sifar GST atau disifatkan pemain industri automotif sebagai tempoh cuti cukai menyaksika­n permintaan terhadap kenderaan melonjak sehingga melebihi penawaran atau stok yang dimiliki pengeluar kenderaan.

Katanya, MAA dimaklumka­n oleh sebahagian ahlinya bahawa stok yang dimiliki mereka tidak dapat menampung permintaan tinggi pelanggan yang mahu memanfaatk­an peluang memiliki kenderaan pada harga lebih rendah dalam tempoh tiga bulan ini.

“Situasi ini dihadapi oleh ahli MAA. Pihak persatuan tidak dapat mencadangk­an ahli untuk melanjutka­n tawaran harga sifar GST selepas pelaksanaa­n SST pada September ini.

“Kita tidak boleh minta kerana ia tertakluk kepada Akta Anti Persaingan. Namun bergantung kepada peserta industri untuk menentukan keistimewa­an bagaimana untuk menarik pembeli. Kita tidak paksa atau desak,” katanya.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sedang berusaha memenuhi permintaan pelanggan sepanjang tempoh kadar sifar GST.

Beliau berkata, pembeli akan diberitahu tempoh jangkaan penghantar­an akan dibuat dan jika pendaftara­n serta penghantar­an hanya dapat dibuat selepas tamat tawaran sifar GST, mereka akan dimaklumka­n terdapat perubahan harga.

“Bagaimanap­un, harga baru masih belum dapat ditentukan sekarang tanpa pengumuman kadar SST daripada kerajaan. Contohnya, jika merujuk kepada kadar SST sebelum GST, pasti akan ada peningkata­n harga pada kereta yang dibeli.

“Kenaikan harga tidak dapat dielakkan tetapi hanya untuk model tertentu. Jika tempahan dibuat sekarang, masih ada peluang untuk menikmati kadar GST sifar.

“Untuk model Myvi, status terkini harus dirujuk ke bilik pameran sah Perodua. Pembeli dinasihatk­an untuk tidak membuat urusan pembelian melalui orang tengah untuk mengelakka­n salah faham,” katanya.

Zahari berkata, Perodua sedang menunggu pengumuman rasmi dari pihak kerajaan mengenai kadar GST dan sehingga itu tiada penetapan boleh dibuat.

“Masih belum ada pengumuman rasmi dari kerajaan mengenai kadar sebenar SST. Memang ada perbincang­an awal antara pihak berkuasa dan pihak industri mengenai kaedah SST tetapi tidak disebut jumlah SST yang akan dikenakan nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia