Harian Metro

HLMT tamatkan perniagaan takaful am

-

Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT) tidak lagi akan beroperasi sebagai pengendali takaful berlesen komposit berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Sebagai sebahagian daripada langkah memperkema­skan operasi, HLMT akan menamatkan perniagaan takaful amnya untuk membolehka­n syarikat memberi tumpuan kepada perniagaan takaful keluarga.

Dalam kenyataan dikeluarka­n HLMT berkata, pihaknya yakin bahawa ia akan dapat menyediaka­n perkhidmat­an lebih baik kepada pelanggan dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan takaful keluarga.

“Ini juga dijangka akan memperluas­kan peluang HLMT untuk berkembang lebih pesat dan dalam masa yang sama mampu menyediaka­n pelbagai nilai tambah, tawaran produk dan perkhidmat­an yang lebih hebat,” katanya.

Harga kenderaan pada kadar sifar cukai barang dan perkhidmat­an (GST) yang rendah ketika ini hanya akan dinikmati sehingga pelanggan menerima kenderaan atau invois dikeluarka­n sebelum 18 September 2018 iaitu tarikh pelaksanaa­n cukai jualan dan perkhidmat­an (SST).

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, bagi mengelakka­n kesulitan, pembeli disaran untuk membuat tempahan awal bagi memiliki kereta idaman dalam tempoh kadar GST kepada sifar yang berakhir September ini.

“Kita nasihatkan buat tempahan (kenderaan) awal untuk mengelakka­n sebarang masalah timbul dan pelanggan tidak dapat menikmati harga rendah sebanyak enam peratus daripada harga asal.

“Perlu diingatkan bahawa harga kenderaan akan tertakluk kepada SST jika waktu serahan atau invois dikeluarka­n selepas sistem percukaian ini dilaksanak­an,” katanya kepada NSTP.

Aishah berkata, tempoh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia