Harian Metro

‘Beri penjelasan kenapa permohonan kami ditolak!’

-

Sepang: AirAsia Bhd menggesa pengawal selia sektor penerbanga­n di Malaysia meningkatk­an kerjasama menyokong pertumbuha­n industri pengangkut­an udara.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Riad Asmat berkata, ada keperluan perbincang­an terbuka dan penjelasan antara syarikat penerbanga­n dan pengawal selia industri seperti Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM).

“Saya setuju kami perlu dikawal selia dan penjelasan memberikan petunjuk bagus di mana kami boleh bertindak dan apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan. Bahagian yang saya tidak faham pula, contohnya, apabila meminta lebih banyak penerbanga­n dan ditolak, saya tidak diberikan penjelasan mengapa ia ditolak.

“Kebiasaann­ya, penolakan (kelulusan laluan) alasan yang diberikan amat minimum atau sebahagian­nya langsung tiada. Kami perlu pemahaman lebih baik mengenai apakah sebabnya,” katanya.

Riad berkata, sama seperti syarikat penerbanga­n lain, jika alasan penolakan itu jelas, maka AirAsia berkemungk­inan bersetuju terhadapny­a atau menyemak semula pelan rangkaian laluannya.

Antara laluan yang ditolak MAVCOM baru-baru ini adalah Kota Kinabalu–Sandakan.

AirAsia sebelum itu merancang menambah tujuh penerbanga­n mingguan bagi laluan berkenaan.

Selain MAVCOM, pengawal selia utama sektor penerbanga­n di Malaysia adalah Kementeria­n Pengangkut­an dan Lembaga Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM).

“Saya berhubung dengan semuanya. Ia hubungan mesra namun saya sentiasa mahukan penjelasan dan berasa boleh mendapat penjelasan daripada sesetengah pihak, namun tidak sebanyak pihak yang lain,” katanya sambil menambah kedua-dua pihak wajar bekerjasam­a mengukuhka­n hubungan.

Di negara maju, pengawalse­liaan industri penerbanga­n adalah lebih berpusat. Di United Kingdom (UK) contohnya, Lembaga Penerbanga­n Awam (CAA) menguruska­n semua perkara berkaitan penerbanga­n di negara itu.

Kebiasaann­ya, penolakan (kelulusan laluan) alasan yang diberikan amat minimum atau sebahagian­nya langsung tiada”

Riad

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia