Harian Metro

Cita rasa pelanggan

Coca-Cola Malaysia susun strategi beri tumpuan kepada kehendak pengguna

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@nstp.com.my

Coca-Cola Malaysia terus memberi tumpuan kepada cita rasa pelanggan serta menawarkan apa yang dikehendak­i pasaran.

Pengurus Negara, Malaysia/Singapura/Brunei, Coca-Cola Far East Limited Ahmed Yehia berkata, strategi perniagaan pihaknya memberi tumpuan kepada pilihan, kemudahan dan pengguna.

“Untuk mencapai strategi ini, kami mengalihka­n tumpuan daripada menawarkan apa yang syarikat mahu jual kepada apa yang pengguna mahu beli.

“Ia usaha membina portfolio sebagai jenama yang berpusatka­n pengguna,” katanya di sini.

Menurutnya, ia antara lain memerlukan Coca-Cola mengubah portfolio menjadi lebih responsif terhadap rasa dan keperluan rakyat Malaysia.

“Kami sentiasa mempunyai rekod pencapaian inovasi yang kukuh dan ia berterusan sehingga hari ini dengan pengenalan Coca-Cola Stevia pada Januari lalu.

“Coca-Cola Stevia adalah inovasi utama yang membuka jalan untuk tindakan lebih luas dalam portfolio kami termasuk mengurangk­an gula dalam jenama utama kami dan meningkatk­an penyertaan dalam Program Logo Pilihan Sihat (HCL) Kementeria­n Kesihatan,” katanya.

Tahun lalu, Coca-Cola melancarka­n imej terbaru dengan paparan Satu Jenama untuk keempat-empat varian Coca-Cola ditawarkan.

Ahmed berkata, pihaknya terus mengambil inisiatif menghasilk­an resipi bermanfaat selain memperkena­lkan pakej lebih kecil.

“Kami mengalih tumpuan pemasaran ke arah produk rendah gula atau tiada gula. Coca-Cola Stevia adalah antara produk yang berjaya dihasilkan dengan rasa seakan-akan Coca-Cola Classic, tetapi 35 peratus kurang kandungan gula,” katanya.

 ??  ?? AHMED
AHMED

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia