Harian Metro

HDS rancang perkenal teknik jualan digital

-

Home Direct Shopping Sdn Bhd (HDS), syarikat pesanan pos yang membawa jenama Best Products optimis mampu mencapai pertumbuha­n memberangs­angkan tahun ini berdasarka­n kadar pertumbuha­n positif direkodkan sebelum ini.

Ketua Pegawai

Eksekutif HDS Chew Mei Ling berkata, syarikat itu mencatatka­n pertumbuha­n kukuh dua digit berterusan dalam jualan daripada tahun ke tahun sejak mula beroperasi pada 2015 dipacu sokongan pelanggan setia Best Products.

“Kami merancang mempelbaga­ikan produk dan memperkena­lkan teknik penjualan digital bagi memaksimum­kan pencapaian di Malaysia memandangk­an masih banyak potensi belum diterokai,” katanya di sini, semalam.

HDS adalah syarikat yang menyediaka­n khidmat pesanan pos bagi pelbagai produk harian dipasarkan melalui katalog di bawah jenama Best Products.

Ia mengedarka­n lebih 10 katalog sebulan dengan pengkhusus­an jenis produk seperti perkakas dapur, keperluan rumah, barangan kecantikan, kesihatan, barangan perhiasan wanita dan lelaki.

Syarikat melalui jenama Best Products menganjurk­an kempen khas dengan hadiah utama berupa wang tunai RM150,000 serta lebih 15 kempen promosi dengan nilai hadiah melebihi RM2.5 juta sejak mula beroperasi bagi memberi penghargaa­n kepada pelanggan setia Best Products.

Beliau berkata, syarikat memainkan peranan sebagai reseller dan memasarkan produk pembekal tempatan kepada pelanggan dengan menampilka­n produk baru dalam katalog.

“Kami membantu usahawan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan produk dan jenama mereka,” katanya.

 ??  ?? CHEW
CHEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia