Harian Metro

DITOLAK 80,000 WANITA

- Agensi

Seorang lelaki tidak berputus asa untuk mencari calon isteri walaupun mendakwa dia ditolak hampir 80,000 wanita dalam tempoh lapan tahun.

Niu Xiangfeng, 31, yang terdesak mencari isteri hingga digelar ‘lelaki gila bertemu janji’ kerana pendekatan agresifnya untuk mencari teman hidup.

Lelaki itu mula mendapat liputan media pada 2013 apabila gambarnya berjalan di Beijing sambil memegang sekeping papan dengan mesej mengajak wanita bertemu janji dengannya viral di media sosial.

Niu yang hidup seorang diri berkata, dia terdesak untuk berkahwin selepas bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu tetapi semua wanita menolaknya.

Dalam satu wawancara terbaru dengan portal East Day, Niu berkata, dia sudah mencuba pelbagai cara untuk mencari calon isteri termasuk melalui media sosial, laman mencari jodoh dan menegur wanita yang ditemuinya.

“Dalam tempoh lapan tahun saya sudah menghantar mesej kepada kira-kira 60,000 wanita di media sosial dan laman mencari jodoh, namun kebanyakan

 Lelaki tidak putus asa cari isteri walau sering kecewa

mereka enggan keluar bertemu janji atau tidak membalas mesej saya.

“Saya juga menegur hampir 30,000 wanita di jalan raya atau di mana saja tetapi jawapannya tetap sama,” katanya.

Niu juga menyalahka­n wanita yang lebih memandang paras rupa dan harta untuk memilih teman hidup.

“Kebanyakan mereka (wanita) memilih lelaki tinggi dan tampan serta pandai berkata-kata tetapi saya seorang lelaki yang pendek dan hodoh.

“Mereka juga mahukan lelaki yang memiliki rumah, namun saya tidak mampu,” jelasnya.

Bagaimanap­un, ramai pengguna media sosial di China tidak bersetuju dengan Niu dan berpendapa­t lelaki itu bukan saja pendek serta hodoh tetapi tidak memahami konsep bertemu janji.

“Kegagalann­ya mencari pasangan hidup tiada kena mengena dengan penampilan­nya tetapi sikapnya yang terlalu terdesak. Cinta tidak boleh dipaksa,” kata seorang pengguna.

 ??  ?? NIU menunjukka­n papan tanda untuk mencari wanita yang mahu keluar bertemu janji sekali gus menjadi isterinya. - Agensi
NIU menunjukka­n papan tanda untuk mencari wanita yang mahu keluar bertemu janji sekali gus menjadi isterinya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia