Harian Metro

11 sekeluarga mati tergantung

-

New Delhi: Sebelas sekeluarga termasuk wanita dan remaja ditemui mati, kebanyakan­nya tergantung menggunaka­n selendang dengan tangan dan mata diikat di kediaman mereka dalam kejadian di kejiranan yang mengalami perbalahan antara kumpulan samseng di New Delhi.

Hindustan Times melaporkan, sembilan mayat ditemui tergantung dari palang antara jeriji besi di ruang tamu kediaman mereka yang terletak di aras pertama bangunan berkenaan.

Satu lagi mayat, wanita berusia 60-an juga ditutup matanya ditemui tergantung pada rangka pintu, manakala seorang wanita dianggarka­n berusia 80-an ditemui terbaring tanpa matanya diikat atas lantai bilik sama.

Menurut India TV News, mayat ditemui terdiri daripada tujuh wanita dan empat lelaki termasuk tiga remaja. Kecuali mayat yang ditemui atas lantai, mulut mangsa turut disumbatka­n kain.

Seorang anggota polis yang enggan dikenal pasti berkata, rumah itu milik seorang ahli perniagaan yang menjalanka­n kedai runcit di aras bawah bangunan berkenaan.

Menurutnya, jiran keluarga itu datang memeriksa pada jam 8 pagi selepas keluarga terbabit gagal membuka kedai mereka pada jam 6 pagi seperti biasa.

“Apabila tiba di situ, dia melihat pintu terbuka dan masuk kerana merasakan sesuatu tidak kena. Ketika itu dia melihat semua mayat tergantung lalu terus menghubung­i polis,” katanya.

Katanya, tiada nota bunuh diri ditemui. Polis juga memeriksa rakaman kamera litar keselamata­n tertutup untuk maklumat lanjut, lapor AFP.

Sementara itu, NDTV memetik seorang jiran berkata, keluarga berkenaan bersiap untuk majlis perkahwina­n dalam tempoh terdekat.

“Tidak mungkin mereka membunuh diri. Saya baru berborak dengan ketua keluarga itu semalam dan mereka semua gembira tanpa menunjukka­n tanda-tanda mengalami sebarang tekanan,” kata jiran itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia