Harian Metro

Upah bunuh suami larang pakai jean

-

New Delhi: Seorang wanita dan empat anak perempuann­ya tergamak mengupah pembunuh upahan untuk menamatkan riwayat suaminya sendiri kerana lelaki itu melarang mereka memakai seluar jean.

Kekejaman wanita itu terbongkar selepas mayat Meharbaan Ali yang juga seorang anggota polis ditemui di dalam terusan di Shahjahanp­ur, Uttar Pradesh, kira-kira 250 meter dari rumahnya pada 24 Jun lalu.

Polis yang menjalanka­n siasatan tidak mengambil masa yang lama untuk mengesyaki ahli keluarga mangsa mungkin terbabit dalam pembunuhan berkenaan.

“Sejak mayat Meharbaan ditemui kami terus mengesyaki keluargany­a kerana mayat mangsa ditemui kira-kira 250 meter dari rumahnya,” kata Inspektor Daya Chand Sharma dari balai polis Sadar Bazaar.

Katanya, polis mengambil rekod panggilan telefon semua ahli keluarga Meharbaan dan mendapati isterinya, Zahida sering menghubung­i satu nombor yang kemudian didapati pembunuh upahan.

Polis juga meneliti rakaman kamera keselamata­n di sekitar rumah Meharbaan yang mendedahka­n dua lelaki dikenali sebagai Tahseen dan Ehsaan masuk ke rumah mangsa pagi 23 Jun lalu.

Pada malam hari yang sama, dua lelaki itu bersama lima wanita berkenaan dilihat meletakkan mayat Meharbaan yang mungkin dibawa ke terusan itu untuk dibuang.

Selepas mendapat bukti kukuh polis terus menahan Zahida dan empat anak perempuann­ya yang berusia 18 hingga 26 tahun.

Bagaimanap­un, Tahseen dan Ehsaan sudah melarikan diri.

Ketika disoal siasat Zahida dan anaknya mengaku mereka mengupah dua lelaki berkenaan dengan bayaran AS$1,450 (RM5,858) untuk membunuh Meharbaan.

Lima beranak berkenaan memberitah­u, mereka kecewa dan marah dengan Meharbaan yang mengenakan pelbagai peraturan ketat termasuk melarang mereka memakai seluar jean. - Agensi

 ??  ?? SEMUA suspek yang ditangkap kerana mengupah pembunuh upahan untuk membunuh bapa mereka. - Caters News Agency
SEMUA suspek yang ditangkap kerana mengupah pembunuh upahan untuk membunuh bapa mereka. - Caters News Agency
 ?? - Caters News Agency ?? MEHARBAAN Ali bersama dua anak perempuann­ya.
- Caters News Agency MEHARBAAN Ali bersama dua anak perempuann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia