Harian Metro

CAPAI MISI MUSTAHIL

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my Jugjet Singh jugjet@nstp.com.my

Jaguh perseorang­an lelaki Datuk Lee Chong Wei mengakui puas dengan kejayaan merangkul gelaran ke-12 Terbuka Malaysia, rekod yang sangat mustahil untuk dipecahkan oleh mana-mana pemain dunia lain termasuk pemain negara.

Chong Wei yang bakal menjangkau usia 36 tahun Oktober depan membuktika­n usia hanyalah angka apabila menumbangk­an pemain Jepun, Kento Momota yang jauh lebih muda dengan kemenangan 21-17, 23-21 dalam aksi final di Arena Axiata Bukit Jalil, semalam.

“Memang puas dengan kejayaan ini kerana bukan mudah mahu menang gelaran Terbuka Malaysia sebanyak 12 kali apatah lagi beraksi di tempat sendiri,” kata Chong Wei.

“Tekanan memang cukup tinggi kali ini kerana saya seorang saja perseorang­an lelaki Malaysia yang layak beraksi dalam kejohanan ini, selain semua pemain terbaik dunia menyertain­ya termasuk pemain muda yang sedang meningkat naik.

“Hari ini (semalam) pula saya berdepan dengan Momota yang tampil dengan rekod tanpa kalah dalam 22 perlawanan (sejak Mac) dan saya tewas di tangannya pada Kejohanan Badmiton Asia dua bulan lalu. Ini memang perlawanan yang sukar tetapi saya kekal fokus dan tidak berputus asa dengan harapan dapat merealisas­ikan impian saya, akhirnya saya berjaya.”

Ditanya sama ada dia merasakan Kuala Lumpur: Seperti dijangka pasukan hoki wanita negara mudah membelasah Thailand 6-0 sekali gus meraih emas di Siri Hoki Terbuka di Stadium Seng Kang, semalam.

Namun sesuatu yang tidak dijangka apabila pemain berusia 14 tahun, Kirandeep Kaur berjaya meledakkan gol pertamanya di kejohanan itu pada minit ke-30.

Kirandeep diturunkan dalam setiap perlawanan di kejohanan sulungnya bersama pasukan senior itu dan kepercayaa­n diberikan oleh jurulatih ada pemain lain mampu mengatasi rekodnya kemenangan­nya itu, Chong Wei berkata: “Sebenarnya ini adalah cabaran untuk diri saya sendiri dan untuk kekal bersemanga­t.

Saya percaya kemenangan ini memberi motivasi kepada saya untuk menghadapi Kejohanan Dunia dan Sukan Asia tahun ini.

“Secara peribadi saya berharap akan ada pemain yang mampu mengatasi rekod saya tetapi ia bukan mudah. Saya menang 12 kali di sini dan 14 kali masuk final, ini bukan kejohanan tempatan tetapi kejohanan antarabang­sa, jadi ia bukan mudah.”

Sementara itu, Momota yang berusia 23 tahun mengakui kagum dengan tahap prestasi yang ditunjukka­n Chong Wei apabila bermain tidak seperti pemain sudah berusia 36 tahun.

“Chong Wei bermain dengan sangat baik dan laju terutama permainann­ya dijaring. Ia perlawanan yang sukar, pukulannya sangat laju dan ia menyukarka­n saya.

“Saya percaya Chong Wei akan terus mendominas­i badminton dunia untuk tempoh beberapa tahun lagi dan saya berharap dapat menjadi sepertinya,” kata Momota.

 Chong Wei raih gelaran ke-12 di Terbuka Malaysia

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia