Harian Metro

Teruja nanti aksi final Red Giants

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir

(gambar) menegaskan betapa dia tidak sabar untuk menanti aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Skuad Red Giants mara ke final buat kali kelapan sejak piala berkenaan diperkenal­kan pada tahun 1990 selepas menyingkir­kan PKNS FC di separuh akhir dengan agregat 5-1, kelmarin.

Malah, Nazliazmi menjelaska­n kejayaan itu adalah hasil daripada kerjasama berpasukan terutama sumbangan daripada dua pembantuny­a, Rusdi Suparman dan Suhaimi Abdul Hamid.

“Saya sebenarnya tidak jangka akan ke final tapi ini adalah rezeki. Detik kebangkita­n Selangor bermula selepas mengalahka­n Terengganu (pusingan ketiga Piala FA) dan kita juga mempamerka­n aksi cemerlang sepanjang Ramadan,” kata Nazliazmi.

“Saya berterima kasih kepada seluruh penyokong Red Giants kerana walau apapun yang berlaku dalam pasukan mereka tetap berdiri teguh di belakang kami dan saya tak sabar untuk menunggu perlawanan akhir pada 7 Julai (Sabtu) ini.”

PKNS yang tewas 4-0 pada aksi separuh akhir pertama 23 Jun lalu dilihat mempamerka­n permainan yang agresif dan difahamkan pertahanan Selangor, Willian Pacheco terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dikasari Safee Sali pada babak kedua.

Mengulas lanjut perkara itu, Nazliazmi berkata dia belum mendapat perkembang­an lanjut mengenai kecederaan Pacheco dan hanya berharap pemain itu dapat diturunkan pada aksi final nanti.

“Safee pemain berpengala­man dan saya sudah ingatkan kepada semua pemain yang dia mungkin akan membuat provokasi untuk pertahanan Selangor melakukan kesilapan. Tapi, Pacheco beraksi dengan baik dan mengikut segala arahan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih PKNS, Datuk K Rajagobal tetap berpuas hati dengan persembaha­n keseluruha­n pasukannya walaupun gagal melayakkan diri ke pentas final.

“Kalau babak pertama dalam tempoh 20 hingga 25 minit kita dapat satu gol mungkin sesuatu akan berlaku. Tapi kita tidak dapat gol yang kita perlukan,” kata Rajagobal.

“Memang kita nak dapatkan kemenangan walaupun kita tahu bukan senang nak atasi defisit jaringan selepas tewas 4-0 pada perlawanan pertama. Cuma apa yang saya lihat semua pemain tetap berusaha dan tidak berputus asa hingga tamat permainan.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia