Harian Metro

Waspada Fiji

Cheng Hoe ingatkan anak buah tidak perlekeh kekuatan skuad kendalian Christophe Gamel

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe percaya Fiji yang lebih terkenal dengan sukan ragbi adalah pasukan yang tidak boleh diperlekeh­kan.

Dia mengingatk­an anak buahnya supaya memberikan aksi terbaik pada perlawanan antarabang­sa di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Khamis ini selepas seri 1-1 dalam pertemuan terakhir pada 26 Jun 2016.

“Kita tahu Fiji popular dalam sukan ragbi tapi mereka dalam bola sepak sudah banyak peningkata­n dan memiliki kelebihan dari segi fizikal. Kita mahu gunakan kesempatan ini untuk persediaan pasukan menghadapi Piala AFF hujung tahun ini,” kata Cheng Hoe.

Seramai 24 pemain dipanggil pada kem latihan pusat kali ini selepas kali terakhir mereka berkumpul bagi aksi persahabat­an menentang Bhutan pada 1 April lalu dengan keputusan 7-0 memihak kepada skuad kebangsaan.

Empat pemain baru dipanggil - Syahrul Azwari Ibrahim dari Melaka United, Shafiq Shaharudin (Kelantan), Kenny Pallraj (Perak) dan Syawal Nordin (Kedah) - bagi menggantik­an N Thanabalan (Negeri Sembilan), Ahmad Hazwan Bakri, Aidil Zafuan Abd Radzak dan La’Vere Corbin-Ong (Johor Darul Ta’zim) yang digugurkan akibat kecederaan.

Bagaimanap­un, Cheng Hoe mengakui dia masih lagi dalam proses penilaian pemain sebelum memiliki skuad lengkap pada Oktober nanti.

“Kita ambil kesempatan untuk memanggil pemain yang tak beraksi dalam Piala FA, mungkin ramai lagi pemain yang boleh diserapkan dalam skuad kebangsaan dan saya jangkakan pada September dan Oktober nanti saya boleh mendapat pemain utama,” katanya.

Malaysia yang kini berada di ranking ke-171 boleh memperbaik­i kedudukan itu andai dapat menewaskan Fiji yang berada di tangga ke-165.

Sementara itu, kapten Harimau Malaya Zaquan Adha Abd Radzak bersedia untuk beraksi dengan tangan kiri berbalut andai diberi kepercayaa­n oleh Cheng Hoe bagi perlawanan menentang Fiji.

Zaquan, 30, baru saja pulih daripada kecederaan retak tangan kiri yang dialami ketika menentang Melaka United pada 9 Jun lalu.

Biarpun sudah dibenarkan menjalani latihan, doktor menasihatk­an supaya penyerang Kuala Lumpur itu memakai balutan sebagai perlindung­an pada tangan kirinya.

“Sekarang saya dibenarkan berlatih. Ini untuk perlindung­an kerana kecederaan pada tulang tangan dan tulang itu sudah bersambung cuma tak berapa kuat, jadi saya sudah mula berlatih. Untuk perlawanan terpulang kepada jurulatih sama ada beri saya bermain atau tidak,” kata Zaquan.

 ??  ?? SKUAD Harimau Malaya menjalani latihan sebelum bertemu Fiji, Khamis ini.
SKUAD Harimau Malaya menjalani latihan sebelum bertemu Fiji, Khamis ini.
 ??  ?? AKSI Syahrul Azwari (kanan) bersama Melaka United pikat Cheng Hoe.
AKSI Syahrul Azwari (kanan) bersama Melaka United pikat Cheng Hoe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia