Harian Metro

Marquez tawan Assen, Hafizh tamat di tangga ke-18

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez (gambar) meraih kemenangan keempatnya dalam lapan pusingan musim ini apabila mengunggul­i perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda semalam manakala wakil negara di kelas perdana, Hafizh Syahrin Abdullah mencecah garisan penamat di kedudukan ke-18.

Bermula dari petak pertama, Marquez yang juga juara dunia empat kali menamatkan 26 pusingan perlumbaan dengan catatan terpantas 41 minit 13.863 saat.

Pelumba Monster Yamaha Tech3, Hafizh pula tidak berjaya memungut sebarang mata di Sirkit TT Assen, melengkapk­an saingan dengan catatan 41’47.687s dan kekal di tangga kedua dalam carta muka baru terbaik kelas perdana itu di belakang Franco Morbidelli.

Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) yang mendahului dua mata daripada Hafizh tidak menyertai perlumbaan selepas mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri ketika sesi latihan bebas ketiga, kelmarin.

Menyertai Marquez di pentas podium ialah Alex Rins daripada pasukan Team SUZUKI ECSTAR yang ketinggala­n 2.269s di belakang rakan senegarany­a dari Sepanyol itu manakala Maverick Vinales (Movistar Yamaha MotoGP) ketiga, 41’16.171s.

Marquez yang meraih kemenangan ketiga berturut-turut bermula di GP Amerika Syarikat sehingga GP Perancis kini berada di puncak carta MotoGP dengan 115 mata.

Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) yang menamatkan perlumbaan di tangga kelima ketinggala­n 27 mata di tangga kedua carta manakala rakan sepasukann­ya, Vinales ketiga, 77 mata.

Pusingan kesembilan musim selepas ini dijadual berlangsun­g di litar Sachsenrin­g, Jerman pada 15 Julai ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia