Harian Metro

‘Kami bukan pasukan pilihan’

-

Kazan, Russia: Pertahanan Colombia, Carlos Sanchez menegaskan negara Amerika Selatan itu bukan pasukan pilihan pada aksi menentang England ‘negara yang mencipta bola sepak’, apabila kedua-dua pasukan bertemu pada pusingan kedua Piala Dunia.

Jurulatih England, Gareth Southgate merehatkan lapan pemain utamanya pada aksi terakhir peringkat kumpulan ketika tewas 0-1 kepada Belgium, membolehka­n mereka bertemu lawan dari Amerika Selatan itu berbanding pasukan ranking lebih rendah, Jepun.

Keputusan itu bermakna mereka mengelak laluan lebih sukar, yang turut menampilka­n Brazil dan Perancis.

Pemenang pertemuan England dan Colombia di Moscow akan menanti pemenang antara Switzerlan­d dan Sweden, namun England perlu mengatasi lawan yang mara ke suku akhir pada edisi 2010 itu.

“Kami bukan pasukan pilihan, kami menentang pasukan yang mencipta bola sepak,” kata Sanchez, pemain tengah Espanyol berusia 32 tahun.

“Namun, kami mempunyai kekuatan tersendiri dan sebaik perlawanan bermula, perkara yang paling penting adalah di tengah padang. Perlawanan sebegini hanya dipisahkan dengan sedikit perbezaan. Tiada apa yang ditakuti Colombia.”

Kem Colombia berdiam diri dengan tahap kecergasan penjaring terbanyak Piala Dunia 2010, James Rodriguez yang terpaksa dikeluarka­n pada aksi terakhir kumpulan menentang Senegal, kelihatan seperti kecederaan pangkal paha yang berulang.

“James pemain yang hebat namun saya pasti jika dia tidak dapat beraksi, ada pemain lain yang mampu membantu pasukan,” katanya.

“Setiap pemain sudah sedia untuk beraksi dan sesiapa diturunkan akan memberikan yang terbaik.”

- AFP Antarabang­sa (FIFA) menyatakan mereka tidak mempunyai perancanga­n untuk mengubah peraturan itu.

Warga Brazil, Coelho, yang turut mengkritik penggunaan pengadil bantuan video (VAR) terhadap insiden seperti bola terkena tangan berkata, penentuan kejohanan seharusnya diputuskan oleh kriteria yang objektif.

“Masalahnya kad kuning adalah subjektif... dan sesetengah pengadil gemar untuk menjadi tegas dan memberikan lebih kad kuning berbanding yang lain,” kata Coelho dalam satu wawancara.

“Jadi jika pasukan itu beraksi pada perlawanan yang lebih tegas, mereka tidak mempunyai kelebihan. Bagi saya, ada cara yang lain... kiraan sepakan sudut. Ia kriteria yang teknikal dan jika anda ingin memenangi sepakan sudut anda perlu menyerang, anda perlu bermain bola sepak.”

Jepun yang tewas 0-1 pada perlawanan terakhir bertemu Poland juga berpotensi untuk dikenakan tindakan kerana melengah-lengahkan perlawanan dalam usaha menamatkan saingan di tempat kedua.

“Mereka tidak mampu untuk melakukann­ya jika sepakan sudut digunakan,” kata Coelho yang menjadi pengadil final Piala Dunia pertama dari luar benua Eropah ketika mengendali­kan aksi Itali dan Jerman Barat pada 1982.

Mengulas mengenai VAR, beliau berkata, secara asas penggunaan­nya adalah idea yang baik tetapi ia seharusnya dihadkan kepada keputusan yang objektif seperti ofsaid. - Reuters

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia