Harian Metro

Belgium miliki kelebihan

- Reuters

 Generasi emas Red Devils belum tewas dalam 22 perlawanan

Belgium tampak begitu yakin untuk berdepan Jepun pada peringkat 16 terbaik, namun tetap berjaga-jaga apabila kebergantu­ngan kepada bakat individu ketika menentang pasukan yang begitu tersusun mungkin akan memakan diri.

Dua pasukan itu mara ke pusingan kalah mati dengan gaya berbeza - Jepun bernasib baik mara menerusi peraturan ‘fair play’ untuk mengetepik­an Senegal berdasarka­n jumlah kutipan kad kuning.

Sebaliknya, Belgium gah menumpaska­n skuad simpanan England 1-0 untuk menghimpun tiga kemenangan bersih, sekali gus berdepan risiko bertemu Brazil pada suku akhir.

Belum tewas dalam 22 perlawanan setakat ini, skuad kendalian Roberto Martinez itu bagaimanap­un sebelum ini pernah menang 1-0 ke atas Jepun pada aksi persahabat­an di Belgium, November lalu hasil jaringan Romelu Lukaku yang sudah meledak empat gol dalam saingan Piala Dunia setakat ini.

“Peluang berdepan Jepun dengan mentaliti sedia ada adalah detik yang amat positif

(gambar)

buat kami,” kata Martinez.

“Mereka pasukan yang kompetitif. Mereka tahu untuk mencetus masalah kepada kami menerusi serangan balas pantas.”

Perlawanan itu ujian besar buat anak buah Martinez dalam usaha mengubah ‘generasi emas’ yang memiliki bakat individu dan ego yang besar bersama kelab untuk menjadi pasukan besar yang benar-benar mencermink­an kedudukan mereka sebagai lima pasukan terbaik dunia.

Dengan sembilan gol dan sembilan mata dalam tiga aksi, Belgium nyata memiliki kelebihan ke atas Jepun meskipun mereka mungkin akan menyesal apabila memilih laluan sukar selepas berkemungk­inan berdepan Brazil atau Perancis.

“Inilah kepercayaa­n kami... tiada ruang untuk kesilapan namun kami akan lakukan apa yang kami percayai.”

Dries Mertens yang dijangka kembali dalam kesebelasa­n utama selepas Martinez menurunkan skuad simpanan ketika bertemu England menegaskan mereka kini berwaspada dengan mengambil pengajaran daripada pengalaman lampau.

Skuad Red Devils itu menewaskan Amerika Syarikat 2-1 selepas masa tambahan pada pusingan kalah mati Piala Dunia 2014, namun Mertens mengimbau kembali ketika mereka tewas 0-1 di tangan Argentina pada suku akhir.

“Begitu juga perlawanan bertemu Wales pada suku akhir Euro 2016. Semua orang menjangkak­an kami akan mara namun akhirnya kami tersingkir.

“Ia menjadi pengajaran dan memberikan kekuatan kepada kami.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia