Harian Metro

Mertens mahu rakan usah cepat puas hati

-

Rostoc-On Don: Dries Mertens memberi amaran kepada rakan sepasukann­ya supaya tidak terlalu berasa berpuas hati menjelang pertemuan pusingan kedua bertemu Jepun, awal pagi esok.

Belgium dilabel sebagai pasukan pilihan pada saingan Piala Dunia kali ini dengan generasi emas yang dimiliki oleh mereka yang mempamer prestasi cemerlang sehingga ke pusingan kalah mati.

Skuad bimbingan Roberto Martinez menewaskan England 1-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan G untuk muncul juara kumpulan dan bertemu Jepun di pusingan kedua.

Bagaimanap­un, Mertens berkata, Belgium tidak mahu mengulangi peristiwa kekalahan pada suku akhir Euro 2016 yang menyaksika­n mereka tewas 1-3 di tangan Wales selepas dilabel pasukan pilihan.

“Saya masih mengingati perlawanan dengan Wales. Setiap orang menjangkak­an kami mampu menewaskan lawan. Tapi tiba-tiba kami tersingkir.

“Kami tidak akan memandang rendah Jepun kerana mereka mempunyai pasukan yang kuat. Jika mereka mampu mara sejauh ini, bermakna mereka memang bagus,” katanya.

Selepas melakukan sembilan pertukaran ketika mencatat kemenangan ke atas England, Martinez dijangka akan melakukan perubahan dengan membariska­n pasukan terkuat seperti ketika bertemu Panama dan Tunisia.

Dengan sembilan gol di Russia setakat ini, Belgium dilihat sebuah pasukan yang kuat.

Penyerang, Romelu Lukaku sudah meledak empat gol daripadany­a, dengan dua ketika bertemu Tunisia dan Panama ketika di peringkat kumpulan. – AFP

 ??  ?? MERTENS (kiri) dan Yannick Ferreira-Carrasco ketika sesi latihan di Stadium Guchkovo, Dedovsk.
MERTENS (kiri) dan Yannick Ferreira-Carrasco ketika sesi latihan di Stadium Guchkovo, Dedovsk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia