Harian Metro

Sampaoli buntu gagal lonjak prestasi Messi

-

Kazan, Russia: Walaupun menggunaka­n pelbagai pendekatan, jurulatih Argentina Jorge Sampaoli mengakui gagal untuk menonjolka­n persembaha­n terbaik bintangnya, Lionel Messi yang memburu kegemilang­an Piala Dunia buat kali terakhir apabila tewas kepada Perancis pada pusingan 16 terakhir.

Beraksi sebagai penyerang tengah, Messi mengharung­i satu lagi perlawanan yang mengecewak­an di Arena Kazan dengan Argentina tersingkir pada pusingan kedua susulan kekalahan 3-4.

“Kami mempunyai pemain terbaik di dunia dan cuba memanfaatk­an sepenuhnya pemain itu yang mampu mencipta beberapa peluang menarik,” kata Sampaoli.

“Kami mencuba beberapa taktik berbeza,

mengutamak­annya, mencipta peluang untuknya... kami cuba menggunaka­n semua yang termampu untuk membolehka­n dia menyerlahk­an kemampuann­ya.

“Kadangkala kami berjaya, kadangkala tidak.”

Sentuhan Messi berjaya mencipta gol kedua untuk Gabriel Mercado membolehka­n pasukan Amerika Selatan itu mendahului sebaik babak kedua bersambung.

Namun, penyerang Barcelona itu dirantai

N’Golo Kante dan Blaise

Matuidi dan tidak

mampu menyerlah selepas Mbappe meledak dua gol dalam tempoh empat minit setengah.

Sampaoli berkata, pemainnya kekurangan “idea yang je-

las” apa yang mahu mereka lakukan, namun beliau menolak untuk mengambil tanggungja­wab kekalahan di Piala Dunia.

“Semuanya masih terlalu awal. Selepas ini kami akan menganalis­is kesilapan yang dilakukan,” katanya yang masih belum memutuskan mengenai masa depannya. Reuters

 ?? Cristiano Ronaldo ?? Kini bukan masa untuk
bercakap mengenai masa depan pemain dan jurulatih PEMAIN Argentina termasuk Messi meraikan jaringan Mercado (kanan).
Cristiano Ronaldo Kini bukan masa untuk bercakap mengenai masa depan pemain dan jurulatih PEMAIN Argentina termasuk Messi meraikan jaringan Mercado (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia