Harian Metro

PERMATA LES BLEUS

- AFP

Moscow

Lupakan seketika Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kerana kini muncul seorang pemain muda berbakat besar yang sudah bersedia menarik perhatian ramai serta mencipta nama selaku generasi baru bintang bola sepak dunia.

Pemain muda Perancis, Kylian Mbappe mempamer aksi bertenaga awal pagi semalam ketika membantu Perancis menewaskan Argentina yang diketuai Messi 4-3 pada pusingan kedua.

Dua gol sumbangann­ya menjadikan jumlah keseluruha­n gol dijaringka­n mencecah tiga, hanya ketinggala­n dua gol di belakang penjaring terbanyak, Harry Kane dari England dan satu di belakang bintang Belgium, Romelo Lukaku.

Messi dan Ronaldo yang menyaksika­n Portugal tewas 1-2 kepada Uruguay, diramal akan bertembung di suku akhir, namun kedua-dua bintang itu terpaksa pulang lebih awal.

Messi yang mencipta pelbagai kejayaan bersama Barcelona menyaksika­n dia paling hampir menjulang Piala Dunia pada 2014, namun ketika itu Argentina tewas kepada Jerman.

Bintang Real Madrid, Ronaldo pula yang membantu Portugal muncul juara Eropah dua tahun lalu, kemungkina­n besar tidak akan beraksi pada

 Mbappe pemain muda pertama ledak dua gol di Piala Dunia selepas Pele

edisi Piala Dunia seterusnya sekali gus menyaksika­n pencapaian terbaiknya di Piala Dunia adalah pada 2006 ketika Portugal mara ke separuh akhir.

Mbappe pula mencipta rekod baru yang belum pernah dapat dilakukan sejak 60 tahun lalu apabila muncul pemain muda pertama meledak dua gol di Piala Dunia sejak Pele pada 1958.

“Saya sangat gembira kerana dibandingk­an dengan pemain hebat seperti Pele,” kata Mbappe yang lahir beberapa bulan selepas Perancis memenangi Piala Dunia 1998.

 ??  ?? PEMAIN Perancis meraikan kejayaan mara ke suku akhir selepas benam Argentina.
DESCHAMPS
PEMAIN Perancis meraikan kejayaan mara ke suku akhir selepas benam Argentina. DESCHAMPS
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia