Harian Metro

‘Baik jadi kaki pukul’

- Agensi

 Cantona ejek Sampaoli tak pandai kendali pasukan, hanya harap Messi saja

Eric Cantona mengejek Jorge Sampaoli dengan berkata, pengendali itu ‘satu-satunya kaki pukul kelab malam yang tidak boleh menentukan siapa yang boleh masuk atau keluar’, selepas jurulatih Argentina berkenaan dilaporkan hilang kawalan dalam bilik persalinan.

Sampaoli yang menampilka­n gaya biasa kaki pukul dengan kepala botak dan tatu penuh di tangan, menyaksika­n penguasaan­nya hilang selepas Argentina tewas 0-3 di tangan Croatia pada perlawanan kedua peringkat kumpulan di Piala Dunia.

Ada laporan mengatakan pemain bintang, Lionel Messi yang mengendali­kan skuad itu apabila Sampaoli tampak bertanya kepadanya sama ada dia boleh menurunkan Sergio Aguero pada perlawanan penting bertemu Nigeria.

Saat itu tidak terlepas daripada pandangan legenda Manchester United, Cantona yang berperanan sebagai ‘Pesuruhjay­a Bola Sepak’ Piala Dunia Eurosport yang berkata: “Lionel Messi mungkin masih belum bergelar ‘The GOAT (Terbaik Sepanjang Zaman), tetapi yang pasti dia adalah ‘jurulatih’.

“Apabila Sampoli meminta kebenaran untuk membawa masuk Aguero, tiada keraguan lagi siapa bos sebenar dalam pasukan.

“Sebenarnya Sampaoli ialah satu-satunya kaki pukul kelab malam yang tidak boleh menentukan siapa yang boleh masuk atau keluar!”.

Argentina mara ke kelompok 16 pasukan terakhir selepas

Marcos Rojo menjaringk­an gol kemenangan lewat ketika menentang

Nigeria.

Namun, impian mereka berkecai apabila tumbang 3-4 kepada Perancis dalam saingan peringkat 16 terbaik, kelmarin.

Mengulas lanjut, Sampoli mendakwa perbualann­ya dengan

Messi di tepi padang tidak seperti digambarka­n’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia