Harian Metro

ULAR BERPERANG

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

Seorang penduduk tergamam apabila dua ular daripada spesies berbeza ‘bertempur’ berhampira­n kediamanny­a di Kampung Sok, Matu, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu disedari

Kadir Sabani, 53, selepas terdengar bunyi bising tidak jauh dari rumahnya sebelum memanggil beberapa penduduk untuk mendapatka­n bantuan.

Kadir berkata, ketika berehat di ruang tamu kediamanny­a itu, dia dikejutkan bunyi bising sebelum keluar untuk meninjau keadaan di luar rumahnya.

“Saya melihat ular tedung dan ular sawa sedang bertempur hanya beberapa meter dari rumah. Saya kemudian memanggil beberapa penduduk kampung untuk membantu menangkap reptilia berkenaan.

“Ular tedung dan ular sawa masing-masing berukuran tiga hingga lima meter itu kemudian berjaya ditangkap penduduk beberapa minit kemudian,” katanya ketika ditemui NSTP, semalam.

Katanya, reptilia berkenaan dipercayai datang dari kawasan hutan berhampira­n rumahnya untuk mencari makanan sebelum bertembung dan ‘bertempur’.

Katanya, tindakan pantas bersama penduduk kampung berjaya menangkap reptilia itu yang dikhuatiri akan mematuk penduduk kampung jika tidak menyedari kehadiran haiwan itu.

“Lebih 50 tahun menetap di sini, tidak pernah saya melihat ular bertindak sedemikian. Penduduk tidak mempunyai pilihan selain membunuh reptilia itu yang semakin agresif, selain bimbang ia akan membahayak­an masyarakat setempat pada masa akan datang,” katanya. negara ini.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau Deputi Superinten­dan Mohd Nazri Ibrahim berkata, pihaknya menahan empat individu terbabit ketika menjalanka­n tugas Ops Gelora Khas di kawasan perairan terbabit, kirakira jam 12 tengah hari.

“Ketika rondaan dilakukan, sebuah bot diperiksa dan mendapati juragan membawa lima penumpang, termasuk dua penumpang mempunyai dokumen sah dan tiga lagi tiada dokumen pengenalan diri.

“Hasil pengakuan lisan daripada tiga penumpang itu, mereka dikenakan bayaran RM150 seorang untuk masuk ke daerah itu,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Sehubungan itu, Mohd Nazri berkata, tiga PATI berkenaan ditahan dan dibawa ke Pangkalan PPM di sini, untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran 2007/2010 (ATIPSOM),” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ?? PENDUDUK menunjukka­n dua ekor ular yang ditangkap selepas bertempur berhampira­n
kediaman penduduk di Kampung Sok, Matu.
PENDUDUK menunjukka­n dua ekor ular yang ditangkap selepas bertempur berhampira­n kediaman penduduk di Kampung Sok, Matu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia