Harian Metro

‘Anak susah tidur malam’

- Hazsyah Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

 Wanita bersama bayi antara 1,133 mangsa kebakaran dipindah

“Anak susah tidur malam sebab keadaan dalam khemah terlalu panas, apatah lagi waktu siang,” kata Suriana Bakri, 34.

Wanita itu seorang daripada 1,133 mangsa kebakaran rumah di Kampung Gas berkata demikian ketika ditemui di penempatan sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Gas, dekat sini, kelmarin.

Katanya, berikutan keadaan khemah di penempatan sementara itu terlalu panas, bayi perempuann­ya berusia tujuh bulan paling sukar menghadapi situasi berkenaan.

“Di khemah ini ada kipas, tetapi di luar. Bukan dalam khemah kami. Jadi, keadaan terlalu panas. Saya dan suami serta lima anak (berusia tujuh bulan hingga 13 tahun) sukar tidur malam.

“Kalau kami buka ‘pintu’ khemah untuk membolehka­n angin masuk, nyamuk pula banyak,” katanya.

Suriana berkata, ketika kebakaran Rabu lalu yang membabitka­n 147 rumah penduduk di kampung itu, dia tidak berada di rumah dan semua harta-benda mereka hangus terbakar, termasuk kelengkapa­n sekolah dua anaknya.

“Mereka kini tidak dapat bersekolah. Pakaian, buku, kasut dan alat tulis hangus terbakar,” katanya.

Katanya, dia berharap ada pihak dapat membantu mereka, dengan menyalurka­n dana kepada mangsa kebakaran bagi membina semula rumah di lokasi berkenaan.

Sementara itu, ibu tunggal Noriah Kamal, 49, berkata dia terlalu bingung dan tidak tahu hendak tinggal di mana selepas ini, sekiranya mereka diminta mencari tempat tinggal sendiri.

Noriah berkata, dia sukar mencari rumah sewa kerana hanya bekerja sebagai tukang sapu dan mempunyai dua anak, dengan seorang lagi masih bersekolah.

“Saya dan anak tidak tahu untuk dapatkan sumber wang dan mencari tempat tinggal selepas ini. Kami benar-benar tidak berkemampu­an,” katanya sambil merayu mana-mana pihak menghulurk­an bantuan kepada mereka dengan segera.

 ??  ?? MANGSA kebakaran di Kampung Gas, Suriana (tengah) bersama ahli keluarga ditempatka­n di penempatan sementara Sekolah Kebangsaan Gas.
MANGSA kebakaran di Kampung Gas, Suriana (tengah) bersama ahli keluarga ditempatka­n di penempatan sementara Sekolah Kebangsaan Gas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia