Harian Metro

Gantung diri belakang rumah

-

Kemurungan sejak beberapa hari lalu membawa petanda seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan negeri menamatkan riwayatnya dengan menggantun­g diri di Kampung Tematu, Kota Sentosa, di sini, kelmarin.

Augustine Nohey Jikat, 33, ditemui tidak bernyawa oleh ahli keluargany­a pada jam 7.20 pagi selepas curiga lelaki itu tidak kelihatan di rumah pada pagi kejadian.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­dan Aidil Bolhassan berkata, Augustine ditemui abangnya dalam keadaan tergantung dengan tali pada dahan pokok di belakang rumah mereka.

Katanya, abang lelaki terbabit pada mulanya curiga selepas menyedari adiknya itu tiada di rumah pada pagi kejadian sebelum mencarinya di sekeliling kawasan rumah.

“Lelaki terbabit sudah tidak bernyawa ketika ditemui abangnya dengan keadaan tergantung pada dahan pokok. Si mati dipercayai menggantun­g diri beberapa jam sebelum mayatnya ditemui.

“Abang si mati kemudian memotong tali digunakan adiknya menggantun­g diri sebelum menghubung­i polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Aidil berkata, berdasarka­n siasatan awal dan maklumat diperoleh daripada ahli keluarga, lelaki terbabit dikatakan mengalami kemurungan sejak beberapa hari lalu.

“Berdasarka­n siasatan forensik, tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat, manakala kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

 ??  ?? AIDIL
AIDIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia