Harian Metro

Impian tercapai

7 pemenang bakal saksikan Manchester United beraksi di Old Trafford

- Ryan Stanley cnews.nstp.com.my

Pengurus jenazah dan bekas ratu antara tujuh pemenang bertuah yang bakal menyaksika­n perlawanan bola sepak membabitka­n kelab Manchester United di Old Trafford, Manchester, musim depan.

Semua individu itu dipilih menerusi cabutan tiket bertuah sempena majlis makan malam tahunan kelab penyokong Manchester United atau United Malaysia, di sini, malam kelmarin.

Roland Sumandai Pilah, 45, yang juga seorang pengurus jenazah di Tuaran, berkata, dia sangat teruja apabila bakal menyaksika­n aksi pasukan kegemarann­ya di depan mata, selain merasai sendiri keseronoka­n di Stadium Old Trafford.

“Ini salah satu impian saya dari dulu lagi dan saya sangat bersyukur kerana peluang ini mungkin hanya datang sekali dalam seumur hidup.

“Semua orang pun ada peluang masing-masing untuk ke sana dan peluang itu bukan datang bergolek, ia memerlukan satu usaha seperti menghadiri majlis seperti malam ini (kelmarin). Jangan pernah berputus asa untuk mencuba,” katanya ketika ditemui NSTP.

Bagi bekas Miss Earth Sabah 2010, May Salitah Naru Kiob, 30, berkata, peluang untuk menyaksika­n pasukan Manchester United di Old Trafford adalah impiannya sejak kanak-kanak lagi.

“Saya tidak sabar untuk menyaksika­n penjaga gol Manchester United, David de Gea serta semua pemain lain beraksi, saya juga sangat bersyukur kerana sangat bertuah selepas menjadi ahli United Malaysia sejak setahun lalu,” katanya.

Selain Roland dan May, lima pemenang bertuah yang lain ialah Muhammad Faizul M Mustapa, Suresh Ragaran, Richard Wong Chee Min, Logeswaran Anulagan dan Willie Jude Junaidi.

Terdahulu, presiden United Malaysia, Batholomew Jingulam ketika ditemui berkata, tujuan utama penubuhan kelab berkenaan adalah untuk merealisas­ikan impian setiap ahlinya merasai sendiri kehangatan serta keseronoka­n menyaksika­n perlawanan di Stadium Old Trafford.

Batholomew berkata, peluang yang diberikan menerusi cabutan bertuah ini adalah kerana sumbangan dan dedikasi mereka kepada kelab penyokong itu sejak ditubuhkan kira-kira tujuh tahun yang lalu.

“Menerusi penubuhan kelab ini juga, kita memberi peluang kepada ahli kita untuk pergi ke Old Trafford dan melihat pasukan Manchester United bermain. Sejak tujuh tahun lalu, kita menerbangk­an lebih 400 ahli kita pergi ke Old Trafford,” katanya.

 ??  ?? ANTARA pemenang cabutan tiket bertuah menyaksika­n perlawanan bola sepak membabitka­n kelab Manchester United di Old Trafford di Kota Kinabalu, semalam.
ANTARA pemenang cabutan tiket bertuah menyaksika­n perlawanan bola sepak membabitka­n kelab Manchester United di Old Trafford di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia