Harian Metro

Langkah pencegahan demam campak bermula

-

Langkah pencegahan menerusi Aktiviti Imunisasi Tambahan (SIA) diambil Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu bagi mencegah demam campak di daerah berkenaan, bermula hari ini.

Jabatan Kesihatan Sarawak merekodkan 48 kes demam campak dalam kalangan bayi dan kanak-kanak di Bintulu dan kawasan sekitarnya, antara 13 April hingga 21 Mei lalu.

Bagaimanap­un, daripada jumlah keseluruha­n kes, hanya 19 disahkan wabak atau jangkitan, manakala selebihnya diklasifik­asikan sebagai kes terpencil.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu berkata, imunisasi tambahan itu akan diberikan kepada bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak berusia 15 tahun yang menjadi kelompok masyarakat berisiko diserang demam campak.

Katanya, SIA adalah langkah pencegahan untuk membangunk­an kelompok dalam kalangan masyarakat yang mempunyai imunisasi terhadap penyebaran virus demam campak melalui vaksinasi.

“Aktiviti SIA ini akan dijalankan secara pintu ke pintu bermula jam 8 pagi sehingga 10 malam pada setiap hari, bermula esok termasuk cuti umum.

“Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu menggesa masyarakat sekitar daerah ini, khususnya mereka yang mempunyai anak berusia enam bulan hingga 15 tahun untuk memberi kerjasama kepada pasukan kesihatan,” katanya dalam kenyataann­ya di sini, semalam.

Jurucakap itu berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubung­i Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu di talian 086 315235.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia