Harian Metro

160 sertai Kursus Perdana Haji

-

Miri: Seramai 160 bakal haji mengikuti Kursus Perdana Haji Peringkat Sarawak untuk Zon Utara, bermula semalam sehingga 8 Julai ini.

Kursus anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) yang diadakan di Masjid Darul Istiqamah, Kampung Luak, di sini, akan memberi gambaran awal kepada mereka mengenai keadaan sebenar ibadat itu sebelum ke Makkah.

Pengarah TH Sarawak Zaiton Yusoff berkata, sebanyak 17 lokasi di seluruh negara mengadakan Kursus Perdana bermula semalam dan berakhir 8 Julai ini.

“Seramai 160 bakal haji dari Zon Utara Sarawak terpilih mengerjaka­n ibadat itu tahun ini dan mereka diberikan latihan mengenai ibadat yang akan dilaksanak­an sepanjang tempoh haji nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian kursus itu yang disempurna­kan Menteri Muda Wanita Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak negeri, Rosey Yunus di sini, kelmarin.

Zaiton berkata, menerusi kursus perdana itu, mereka diberikan pendedahan melalui latihan amali secara simulasi antaranya bertawaf, saie, melontar jamrah dan ibadat secara berkumpula­n.

“Latihan ini akan memberikan gambaran terhadap situasi di Tanah Suci yang dikunjungi jutaan umat Islam seluruh dunia.

“Apabila jemaah haji dari Malaysia didedahkan dengan simulasi ini, mereka akan lebih bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menjalani ibadat di Tanah Suci nanti,” katanya.

Beliau berkata, semua bakal haji diingatkan tidak meletakkan harapan tinggi ketika di Tanah Suci, terutama ketika kemuncak ibadat haji di Arafah, Mudzalifah dan Mina.

“Ini kerana, kebanyakan perkhidmat­an yang disediakan sewaktu Masya’ir tertakluk kepada pihak ketiga di Arab Saudi dan bakal jemaah disarankan bersabar dalam menjalani ibadat,” katanya.

 ??  ?? PESERTA Kursus Perdana Haji Musim 1439H/2018M, Peringkat Negeri Sarawak Zon Utara di Masjid Darul Istiqamah Kampung Luak mendengar dengan penuh teliti penerangan disampaika­n penceramah.
PESERTA Kursus Perdana Haji Musim 1439H/2018M, Peringkat Negeri Sarawak Zon Utara di Masjid Darul Istiqamah Kampung Luak mendengar dengan penuh teliti penerangan disampaika­n penceramah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia