Harian Metro

Salleh yakin presiden baru UMNO mampu kemudi parti

- Suzianah Jiffar, Poliana Ronnie Sidom dan Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yakin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dipilih sebagai Presiden UMNO mampu mengemudi parti untuk mencapai matlamat penubuhann­ya.

Salleh yang mempertaha­nkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud berkata, UMNO Sabah akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan semua perancanga­n parti.

“UMNO Sabah merakamkan tahniah kepada Datuk Seri (Ahmad Zahid) dan kita menghormat­i keputusan yang dibuat perwakilan melalui sistem demokrasi.

“Kita akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan perancanga­n parti, sejajar dengan kehendak ahli UMNO dan rakyat keseluruha­nnya,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mendapat kepercayaa­n perwakilan peringkat bahagian

UMNO apabila dipilih sebagai Presiden UMNO yang baru bagi penggal 2018-2021.

Presiden UMNO yang baru itu menewaskan pesaing terdekat, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang.

Tiada kejutan besar pada Mesyuarat Perwakilan UMNO di Sabah apabila sebahagian besar penyandang ketua bahagian mempertaha­nkan jawatan masing-masing.

Kecuali bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman (Libaran), Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin (Putatan) dan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan) yang tidak bertanding, pemimpin utama lain kekal menerajui bahagian masing-masing.

Ini termasuk Ketua UMNO

Tuaran: Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan kekal memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tuaran selepas menang pada pemilihan jawatan itu dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO, kelmarin.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu diumumkan sebagai pemenang selepas menerima 610 undi, sekali gus menewaskan pencabarny­a, Abdul Rahim Kahar yang mendapat 120 undi.

Ketika ditemui, Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, beliau gembira melihat kehadiran ramai ahli parti, bukan saja di Tuaran, malah seluruh negara pada pemilihan ini, walaupun UMNO kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Ini menunjukka­n UMNO bukanlah parti yang lemah, sebaliknya sedia bangkit kembali untuk membina kekuatan parti,” katanya kepada NSTP.

Penyandang Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Hajiji Noor yang memegang jawatan itu sejak 1995, menang tanpa bertanding apabila 243 cawangan di bahagian itu sebulat suara memilihnya sekali lagi untuk jawatan berkenaan.

 ??  ?? ABDUL Rahman hadir pada pemilihan serta Mesyuarat UMNO Bahagian di Dewan Sri Sulaman Tuaran.
ABDUL Rahman hadir pada pemilihan serta Mesyuarat UMNO Bahagian di Dewan Sri Sulaman Tuaran.
 ?? Salleh Said Keruak ?? UMNO Sabah merakamkan tahniah kepada Datuk Seri (Ahmad Zahid) dan kita menghormat­i keputusan yang dibuat perwakilan melalui sistem demokrasi”
Salleh Said Keruak UMNO Sabah merakamkan tahniah kepada Datuk Seri (Ahmad Zahid) dan kita menghormat­i keputusan yang dibuat perwakilan melalui sistem demokrasi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia